10 Menu Sahur Menjelang Ramadan

January 19, 2023 by No Comments

Semangat untuk bersahur ni kebiasaannya pada awal-awal Ramadhan aje, bila dah tiba di pertengahan bulan Ramadhan, mula lah skip sahur sebab tak semangat nak masak sahur. Jadi, harini Cik Min nak kongsikan 10 menu sahur menjelang Ramadan yang mudah disediakan sesuai untuk hidangan sahur.

Sahur adalah perkara sunat yang dituntut tau, rugi jika kita tinggalkan lebih-lebih lagi ia hanya sebulan dalam setahun. Apa-apa pun, kita niat untuk agar semuanya dipermudahkan untuk bangun sahur sepanjang Ramadhan ni, insyaAllah semuanya berjalan lancar.

1. Telur Masak Kicap

10 Menu Sahur Menjelang Ramadhan
Sumber: Anekaresipi.com

Disamping menu terkenal dikalangan student, menu ini juga terkenal untuk dijadikan hidangan sahur sebab mudah aje. Berikut merupakan resipi telur masak kicap yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ 5 biji telur ayam
  • πŸ“Œ 1 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ 1 biji bawang besar
  • πŸ“Œ 2 cm halia
  • πŸ“Œ 3 sudu besar kicap lemak manis
  • πŸ“Œ 1 sudu besar sos cili
  • πŸ“Œ 1 biji cili hijau
  • πŸ“Œ Setengah cawan air

Cara Memasak:

  1. 1. Goreng telur ayam terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. 2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih, bawang besar, halia, dan cili.
  3. 3. Masukkan kicap, sos cili dan air dan tunggu sehingga mendidih.
  4. 4. Tutupkan api dan tuang ke atas 2 biji telur yang telah digoreng sebentar tadi.

2. Tempe Goreng Sambal | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan

10 Menu Sahur Menjelang Ramadan
Sumber: Resepichenom.com

Menu kedua untuk 10 menu sahur menjelang Ramadhan adalah tempe goreng sambal. Menu ni memang syok kalau makan dengan nasi panas. Fuhh baru baca dah telan air liur… Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ Dua paket tempe yang dipotong
  • πŸ“Œ 1 mangkuk ikan bilis
  • πŸ“Œ 1 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ 3 biji bawang merah
  • πŸ“Œ 3 sudu besar cili kisar atau cili boh
  • πŸ“Œ 2 sudu besar sos cili
  • πŸ“Œ 1/2 sudu besar sos tiram
  • πŸ“Œ gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. 1. Goreng tempe yang telah dihiris, kemudian goreng kan ikan bilis dan toskan.
  2. 2. Ambil sedikit minyak daripada gorengan tadi dan tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. 3. Masukkan cili giling dan tunggu sehingga naik minyak.
  4. 4. Setelah naik minyak, masukkan sos cili, sos tiram dan gula dan tunggu hingga mendidih. Tutup api.
  5. 5. Langkah terakhir, masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng dan kacau sebati.

3. Sup Tauhu Telur

10 Menu Sahur Menjelang Ramadan
Sumber: Arie Lazim

Sup yang menjadi kegemaran ramai, makan ini sahaja tanpa nasi pun tak apa. Jom tengok cara nak buat sup tauhu telur antara 10 menu sahur menjelang Ramadan.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ 2 paket taufu telur
  • πŸ“Œ 2 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ Cendawan
  • πŸ“Œ Kiub pati ayam
  • πŸ“Œ 2 biji telur ayam
  • πŸ“Œ Bawang goreng
  • πŸ“Œ Lobak merah
  • πŸ“Œ Bancuhan tepung ubi dengan sedikit air

Cara Memasak Sup Tauhu Telur untuk 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan:

  • 1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu telur sehingga garing dan toskan
  • 2. Tumiskan bawang putih kemudian masukkan air mengikut sukatan yang anda mahukan.
  • 3. Masukkan cendawan, lobak merah dan kiub pati ayam.
  • 4. Kacau kuah sup sambil masukkan air bancuhan tepung ubi agar tidak bergentel.
  • 5. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul. Pastikan anda kacau kuah sup agar ia tidak berketul.
  • 6. Masak sehingga mendidih dan hidangkan.

4. Sardin

Sumber: Resepi Che Nom

Sardin antara menu yang paling mudah boleh dijadikan hidangan antara 10 menu sahur menjelang Ramadan nanti. Ini cara mudah masak kicap sardin.

Bahan-bahan menu Sardin antara 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan

  • πŸ“Œ 1 tin sardin
  • πŸ“Œ 2 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ 1 biji bawang merah
  • πŸ“Œ 1 inci halia
  • πŸ“Œ 5 biji cili padi
  • πŸ“Œ Kicap
  • πŸ“Œ Garam

Cara Memasak:

  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  • 2. Masukkan satu tin sardin dan tambahkan air mengikut citarasa anda.
  • 3. Tambahkan kicap dan perasa kan dengan garam dan serbuk perasa

5. Sambal Sotong untuk 10 menu sahur menjelang Ramadan

10 Menu Sahur Menjelang Ramadan
Sumber: Sunah Sakura

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ Sotong
  • πŸ“Œ Bawang besar
  • πŸ“Œ Bawang merah
  • πŸ“Œ Bawang putih
  • πŸ“Œ Cili kisar
  • πŸ“Œ Asam jawa
  • πŸ“Œ Garam
  • πŸ“Œ Gula

Cara memasak:

  • 1. Kisar bawang besar, bawang putih dan bawang merah.
  • 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi dan cili kisar. Tumis sehingga garing.
  • 3. Masukkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • 4. Masukkan sedikit kicap untuk mencantikkan sambal dan masak hingga mendidih.
  • 5. Masukkan sotong dan tunggu sehingga ia betul-betul masak.

6. Nasi Goreng | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan

10 Menu Sahur Sepanjang Ramadhan

Bagi mereka yang ada lebihan nasi dari lauk berbuka semalam, bolehlah masak nasi goreng untuk menu sahur. Ini cara masak nasi goreng mudah:

Bahan-bahan Nasi Goreng | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadhan

  • πŸ“Œ 1 ulas bawang merah
  • πŸ“Œ 2 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ 5 biji cili api
  • πŸ“Œ 2 mangkuk nasi (2 orang makan)
  • πŸ“Œ Ikan bilis
  • πŸ“Œ 2 biji telur
  • πŸ“Œ Sawi dipotong kecil

Cara memasak:

  • 1. Panaskan minyak dan goreng telur hancur kemudian toskan.
  • 2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis dalam minyak sama.
  • 3. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
  • 4. Masukkan telur yang telah digoreng sebentar tadi dan perasakan dengan garam
  • 5. Akhir sekali, masukkan sayur sawi yang telah dipotong kecil.

7. Kari Telur | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadhan

Sumber: Sariyusa

Kari telur antara hidangan yang tidak perlu dimasak lama, dan mudah untuk dihidangkan untuk hidangan sahur anda. Anda boleh rebus telur terlebih dahulu pada sebelah malam dan terus masak pada pagi esoknya.

Bahan-bahan:

  • πŸ“ŒTelur rebus 3 biji
  • πŸ“Œ Bawang besar kisar
  • πŸ“Œ 3 ulas bawang putih
  • πŸ“Œ 1 inci halia
  • πŸ“Œ 2 sudu makan serbuk kari
  • πŸ“Œ 1 cawan santan pekat
  • πŸ“Œ Bunga lawang dan kayu manis

Cara memasak :

  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang.
  • 2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh bersama sedikit air dan tunggu sehingga garing.
  • 3. Masukkan santan, garam, serbuk perasa mengikut citarasa anda.
  • 4. Tunggu sehingga mendidih dan siap dihidangkan.

8. Oatmeal Berlauk Khairul Aming

Untuk mereka yang dah bosan untuk makan nasi aje, ini Cik Min kongsi respi Oatmeal Berlauk dari Khairul Aming.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ Oatmeal
  • πŸ“Œ Ayam
  • πŸ“Œ Bawang putih
  • πŸ“Œ Serbuk lada hitam
  • πŸ“Œ Sos tiram
  • πŸ“Œ Air
  • πŸ“Œ Minyak bijan
  • πŸ“Œ Kiub pati ayam
  • πŸ“Œ kicap manis
  • πŸ“Œ Daun bawang
  • πŸ“Œ Bawang goreng

Cara Memasak Oatmeal Berlauk | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan :

Untuk cara memasak, anda boleh tonton video Khairul Aming ya.

9. Susu Kurma

Sumber: ResepKoki

Ha, ini resepi susu kurma, minuman yang anda boleh minum sewaktu sahur. Sekiranya anda tidak sempat untuk masak hidangan lain, anda boleh juga siapkan susu kurma sebelum tidur dan hanya terus minum pada waktu sahur nanti.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ 7-10 biji kurma
  • πŸ“Œ Susu segar
  • πŸ“Œ 1 cawan air

Cara Membuat Susu Kurma:

  • 1. Buang biji kurma dan rendamkan dengan air panas selama 10-15 minit.
  • 2. Kisarkan kurma bersama air rendaman dengan susu segar.
  • 3. Siap dihidangkan.

10. Susu Badam | 10 Menu Sahur Menjelang Ramadan

Anda juga boleh cuba hidangan susu badam ini untuk menu sahur menjelang Ramadham nanti.

Bahan-bahan:

  • πŸ“Œ Badam mentah
  • πŸ“Œ Air kosong
  • πŸ“Œ Susu segar
  • πŸ“Œ Madu

Cara membuat:

  • 1. Rendamkan badam ke dalam air kosong semalaman. Badam akan menjadi sedikit kembang setelah direndam.
  • 2. Masukkan ke dalam blender bersama susu segar dan kisarkan.
  • 3. Boleh tambah madu untuk tambah kemanisan susu badam.

Haa, Cik Min dan kongsikan 10 menu sahur sepanjang Ramadhan nanti yang boleh anda cuba. Jadi, pastikan anda cuba dan kongsikan di ruangan komen jika anda dah cuba satu daripada resipi yang Cik Min dah share ni.

Di kesempatan ini, Cik Min nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadahan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda. Semoga semua amalan kita diterima Allah. Aamiin..

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, β€œMakanan Diet KetoΒ Friendlyβ€œ. Jumpa lagi diΒ postinganΒ seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portalΒ Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *