Warung Hutan | Review Tempat Makan Menarik

July 5, 2022 by 2 Comments

Perhatian kepada penggemar sup dan masakan celop! Nak tahu tak tempat makan yang menyajikan aneka pilihan masakan sup dan masakan celop yang sedap dan berbaloi? Haaa … Korang wajib pergi makan di Warung Hutan tau! Comfirm tak menyesal punyalah! Jom ikuti perkongsian Cik Min kali ni.

Mengapa Warung Hutan Jadi Pilihan Ramai?

Warung ini memang menjadi antara tempat makan yang popular di Bangi. Tempat makannya yang berkongsepkan ala-ala hutan dengan dikelilingi pokok-pokok memang dapat menarik perhatian pelanggan untuk makan di situ. Selain itu, suasananya yang redup dan santai dapat memberi keselesaan kepada pelanggan yang hadir. Bukan itu sahaja, pelbagai aneka pilihan masakan celop dan masakan sup yang sedap dan berbaloi menjadikan warung ini lebih terkenal dalam kalangan penduduk Bangi.

Sebenarnya Warung Hutan ini terletak di Jalan 6c/2, Taman Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor. Warung ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

Apakah Menu yang Istimewa di Sini?

warung hutan
Sumber: Google

Kepada penggemar masakan celup, Warung Hutan ni memang tempat makan yang wajib korang kunjungi. Tengok sahajalah gambar di atas, sangat mengiurkan tau!

Mesti ada penggemar, mee, bihun dan keowteow dekat sini kan? Haaa … Tunggu apa lagi, korang kena cuba:

– Mee celop biasa / Mee celop special

– Keowteow celop biasa / Keowteow celop special

– Bihun celop biasa / Bihun celop special

warung hutan

Kalau nak cuba aneka masakan maggi pon boleh tau! Boleh je request nak:

– Maggi kari biasa / Maggi kari special

– Maggi Thai biasa / Maggi Thai special

Kalau Cik Min, Cik Min lagi suka Maggi Thai. Rasanya yang masam-masam manis dan pedas memang kenalah dengan selesa Cik Min. Tapi kan … Apa bezanya menu yang biasa dan special? Sebenarnya takda beza sangat pun, cumanya kalau special, ada tambahan telur. Lagilah mengeyangkan. Kalau makan yang biasa pun dah kenyang dah tau!

warung hutan

Bagi yang nak makan nasi, jangan risau, warung ini juga turut menyajikan hidangan nasi. Maklumlah, kita orang Malaysia tak sah kalau tak makan nasi kan!. Antara menu nasi yang ada:

– Nasi air biasa / special

– Nasi ayam goreng cincang

Hidangan Nasi Air versi Kelantan antara hidangan yang popular dekat sini tau. Yang menariknya lagi, pengunjung boleh memilih sama ada nak sup ayam, daging atau perut untuk setiap menu. Kalau nak campur-campur pun boleh. Seperti mana yang korang lihat pada gambar di atas, harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan. Dah la portion besar, sedap, murah pulak tu. Rugi kalau tak cuba.

Jom ramai-ramai serbu Warung Hutan! Jangan lupa bawa ahli keluarga dan kawan-kawan. Tapi kalau rasa malas nak keluar, korang boleh order di GrabFood dan FoodPanda. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai makanan atau perkembangan terkini di Warung Hutan, jangan lupa layari facebook Warung Hutan, Bangi.

SELAMAT MENCUBA!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

2 Replies to “Warung Hutan | Review Tempat Makan Menarik”

  1. Pak Samad says:

    Wow, xsangka ada tmpat mkn mcm tu kt bangi eh. Boek la perkongsian kali ni👍

  2. Muhammad Idham bin Amla says:

    Saya pernah makan kt sini, suasana dia santai dan makanan dia pon sedap2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *