Warung Bunian | Lokasi Pilihan Menarik

July 1, 2022 by No Comments

Warung Bunian? Eh jangan takut ye, nama ja macam tu, bukannya ada bunian pun tau, hehehe. Ada yang pernah makan di sini ke? Kalau tak pernah cuba lagi, meh sini Cik Min nak review sikit tentang tempat ini.

Di Manakah Terletaknya Warung Bunian Ini?

Penduduk Bangi dan Kajang mesti familiar kan bila sebut tentang Warung Bunian. Mana taknya, Warung Bunian ini antara tempat makan yang selalu jadi kawasan ‘hot spot‘ bagi orang ramai menjamu selera. Mungkin ada di antara penduduk Bangi dan Kajang yang tak pernah makan di sini kan? Haa … Meh sini Cik Min kongsikan lokasi Warung Bunian ini.

Sebenarnya, warung ini terletak di Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, Kajang. Tunggu apa lagi, jom kita serbu tempat ini! Selain penduduk Bangi, penduduk di Kajang pon bolehlah cuba makan di sini juga. Cuma mungkin agak jauh sikitlah … Tapi apa salahnya kalau sekali-sekala kan? Hehe … Ouh ya, warung ini beroperasi hari Jumaat, Sabtu, Ahad ja tau. Dari pukul 7.30 a.m – 11 a.m.

Kenapa Kedai Ini Dinamakan Sebagai Warung Bunian?

Korang tak pelik ke kenapa warung ini dinamakan sebagai Warung Bunian. Dengar nama pun macam mistik kan! Sebenarnya warung ini asalnya diberi nama Warung Tapak Sulaiman, tetapi sejak lima tahun yang lalu, pengunjung menggelarkannya sebagai Warung Bunian. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya, kedudukan warung ini tersorok di Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, Kajang. Sebab itulah pengunjung gelarkan warung ini sebagai Warung Bunian. Ala-ala disorok Bunian gitu! Tengok sajalah gambar di bawah ni. Tapi jangan melihat dari luaran sahaja ye! Bak kata Orang Putih, ‘ don’t judge a book by its cover ‘. Tengok biasa-biasa ja, tapi makanan yang disajikan di situ, fuhh … Memang padu habis!

warung bunian
Sumber: Google

Apakah Menu Yang Special Di Sini?

Kalau nak tahu, Warung Bunian ni pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan tau pada tahun 2013. Haa … Ingat biasa-biasa ke. Tapi kan, apa yang istimewanya warung ni eh? Sebenarnya warung ini memperkenalkan konsep makan tengah hari secara hidang yang menjadi tradisi masyarakat Melayu sejak dulu. Warung ini special kerana masakan hidangan berlauk tau.

Antara menu yang paling popular dan digemari ramai dekat warung ni mestilah gulai ketam masak lemak cili padi. rasa masak lemaknya yang pedas, lemak, manis, masin memang ngam lah dengan selesa tempatan.

warung bunian

Bukan itu sahaja, Nasi Lemak Telur Bungkus juga antara tarikan utama di warung ni. Kalau di Jepun, kita kenali sebagai Omelette Rice. Rasa nasi lemak ditambah sambal dan ikan masin memang membuka selera tau!

warung bunian

Warung ini turut menyajikan hidangan ikan goreng, ikan masin, masakan sayur, sambal ayam, sambal udang dan bermacam-macam lagi. Jadi korang perlu pilih saja menu apa nak makan. Harga pon berpatutan tau!

Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai serbu warung in. Tapi sebelum tu, lebih baik kalau booking dulu di number 017-3812246 tau. Sebab warung ni always penuh. Nanti sia-sia ja datang dari jauh. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang warung ini, boleh tengok di Facebook page Warung Bunian.

Selamat Mencuba!

Jom layari laman portal MakanLokal untuk dapatkan lebih banyak artikel yang menarik!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *