Susu Farm Fresh Sedap! – Review

May 19, 2022 by No Comments

Susu Farm Fresh sedap! Siapa dekat sini suka minum susu tapi selalu jumpa yang tak kena dengan tekak? Bagi Cik Min, susu Farm Fresh memang pilihan hatilah! Tambahan pula, susu Farm Fresh ini juga telah didatangi dengan pelbagai perisa menarik. Ada perisa coklat, kurma, pisang, café latte dan macam-macam lagi tau!

Susu Farm Fresh Sedap: Perisa apa yang menjadi pilihan?

Jadi untuk hari ini Cik Min akan ceritakan sedikit tentang susu berperisa café latte dan susu pisang. Namun begitu, bukan bermaksud Cik Min tak suka perisa lain tau… Bagi pendapat Cik Min, susu Farm Fresh memang sedap dan salah satu jenama kegemaran Cik Min. Tetapi hari ini, Cik Min nak ceritakan keunikan rasa kedua-dua susu tersebut dahulu. Jom!

Jom ketahui sedikit tentang latar belakang Farm Fresh

Susu Farm Fresh Memang Sedap
Sumber: Facebook Farm Fresh Milk Malaysia

Jenama terkenal Farm Fresh adalah dimiliki oleh syarikat The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. Loi Tuan Ee ialah sebagai CEO dan Azmi Zainal iaitu COO yang telah banyak membantu dalam membaiki struktur perniagaan. Ujian kualiti susu yang dilakukan pula sangat ketat. Susu Farm Fresh memang sedap kerana 100% susunya asli tanpa bahan pengawet tau! Untuk ketahui lebih lanjut, klik sini.

Susu Farm Fresh Sedap: Susu Café Latte sebagai pilihan harian

Susu Farm Fresh Memang Sedap
Sumber: Facebook Farm Fresh Milk Malaysia

Sebagai pencinta kafein/ kopi, Cik Min boleh katakan bahawa perisa cafe latte ni sedap. Susu café latte ni memang kena dengan cita rasa Cik Min sebab rasa kafein tu buat kita cerah mata! Hari-hari memang on je! Namun rasanya mungkin agak manis dan pekat bagi orang yang jarang atau tak ambil kafein. Boleh juga tambah sedikit air dan minum!

Susu Farm Fresh Sedap: Susu pisang memang betul terasa pisangnya!

Susu Farm Fresh Memang Sedap
Sumber: Facebook Farm Fresh Milk Malaysia

Sekarang dah banyak jenama yang mengeluarkan susu berperisa pisang ni sebenarnya. Ada sesetengah susu yang pernah Cik Min rasa mempunyai rasa pewarna berbanding susu! Susu Farm Fresh memang sedap dan kena dengan selera cik Min. Bagi Min, kalau kita minum banyak kali pun takkan rasa bosan atau muak!

Di samping itu, rasa dan bau susu pisang memang okay dengan cita rasa Cik Min. Rasa menyegarkan gitu… Cik Min sangat sarankan untuk korang cuba susu pisang Farm Fresh ni sebab kurang manis. Biarlah yang manis itu hanya pada anda ye! 🙂

Lepas kongsi review ni Cik Min rasa macam nak ke kedai beli susu Farm Fresh lagi! Susu Farm Fresh juga boleh diminum tak kira masa. Terutamanya kalau kita nak cepat ke tempat kerja atau kelas. Walau bagaimanapun, lain tekak lainlah pendapatnya.  Jom cuba susu Farm Fresh! Kalau ada yang pernah cuba, boleh kongsi pandangan korang dengan Cik Min okay! 😊

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Layari laman makanlokal.com untuk resepi-resipi yang lebih menarik untuk anda cuba.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Nak baca lunastory, tekan sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *