Sup Tulang | Resepi Sempena Aidiladha

July 6, 2022 by No Comments

Yeaa dah nak Raya Haji rupanya! Bila sebut Raya Haji, dalam kepala mesti teringat daging kan. Maklumlah ramai yang laksanakan ibadah korban. Kalau tak buat korban pun, dekat rumah wajib ada daging ye dok? Hmm … Agak-agak raya ni nak buat apa ya dengan daging tu? Kalau Cik Min suka buat sup. Nak-nak lagi sup tulang. Fuh! Memang padu habis. Jom Cik Min kongsikan resepi sup tulang yang Cik Min selalu buat.

Tips Masak Daging Supaya Cepat Empuk

sup tulang

Kalau masak daging, mesti perlukan masa yang lama untuk daging tu cepat empuk kan. Meh sini Cik Min kongsikan macam mana nak masak daging supaya cepat empuk. Jimat sikit gas dekat rumah tu!

1. Hiris daging melintang arah urat.

2. Masukkan garam di akhir sekali. Jangan terlalu awal masukkan garam. Jika tidak, daging cepat keras.

3. Letakkan beberapa ketul ais batu untuk dimasak bersama daging.

4. Gunakan pressure cooker

Kalau nak tips lagi, boleh tekan di sini.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Sup Tulang

Sumber: Google

– 3 biji bawang besar

– 5 ulas bawang putih

– 1 inci halia

– 1 inci lengkuas

– 1 inci kunyit hidup

– 2 batang serai

– 5 biji cili hijau

– Daun sup

– 3 helai daun limau purut

– Asam keping

– 1 biji limau nipis

– 4 biji kentang

– 3 biji tomato

– Sup bunjut

– Perencah sup

– Gula

– Garam

– Serbuk perasa

– Tulang daging

Cara-cara Untuk Memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan sup bunyut. Biar seketika sehingga naik bau

2. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, kunyit, yang telah dikisar halus.

3. Tumis selama 5 minit. Kemudian masukkan asam keping dan perencah sup. Kacau Sebati.

4. Masukkan tulang dan daging, biarkan seketika. Kemudian masukkan air.

5. Masak sehingga isi daging berpisah dengan tulang. Dan masukkan kentang

6. Masukkan daun sup, daun limau purut, cili hijau, tomato ke dalam sup.

7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

8. Tutup api dan masukkan perahan air limau nipis ke atasnya.

9. Siap untuk dihidang

Haaa … Tunggu apa lagi. Jangan lupa cuba resepi ini tau. Mesti ahli keluarga berselera sangat nak-nak lagi kalau ada air asam.

SELAMAT MENJAMU SELERA!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *