Suka Dessert Syurga Coklat

January 6, 2022 by No Comments

Anda suka makan dessert? Cik Min rasalah semua orang suka makan dessert terutamanya coklat, bukan? Ianya memang sedap dan boleh buatkan anda ingin makan lagi. Cik Min pun sebenarnya memang gemar makan coklat. Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang sebuah kafe, iaitu Suka Dessert syurga coklat.

Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan lebih lanjut kepada anda semua tentang kafe Suka Dessert ini. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis dessert yang berasaskan coklat!

Suka Dessert Syurga Coklat

Pengasas Kafe Suka Dessert

Untuk pengetahuan anda semua, kafe Suka Dessert ini dimiliki oleh Puan Siti Hajar Mohd Razali yang merupakan peminat tegar coklat, terutamanya coklat susu. Dengan minat yang ada pada beliau itulah yang memacu pertumbuhan perniagaannya sejak 3 tahun yang lalu.

Dikenali sebagai ‘Auntie Ja’ dalam kalangan pengikut media sosialnya, dessert Puan Siti Hajar kebanyakannya terdiri daripada brownies, biskut, coklat susu dan Nutella.

Suka Dessert Syurga Coklat

Makanan di Kafe Suka Dessert – Suka Dessert Syurga Coklat

Bercakap mengenai pastri dan pencuci mulut yang berasaskan coklat ni, Cik Min sememangnya gemar makan makanan manis. Mana tidaknya, tengok sahaja gambar-gambar makanan yang ada di kafe ini, sungguh menyelerakan!

Mari Cik Min kongsikan makanan-makanan yang ada di kafe ini.

1. Cake

Cik Min lihat di kafe ini banyak menyediakan kek yang sedap-sedap! Antaranya Burnt Cheese Cake, Mini Suka Cake, Suka Crown Cake Red Velvet dan sebagainya.

Suka Dessert Syurga Coklat

2. Brownies – Suka Dessert Syurga Coklat

Selain itu, terdapat juga pencuci mulut yang lain seperti brownies. Memang sedaplah! Sebab dalam satu box tersebut terdapat brownies yang mempunyai pelbagai jenis topping!

3. Happy Cheese Box

Cik Min lihat di media sosial Suka Dessert bahawa Happy Cheese Box ini merupakan dessert yang paling laku. Tengok sahajalah gambar di bawah. Memang kecur air liur dibuatnya!

Dessert Lain – Suka Dessert Syurga Coklat

Cik Min dapat tahu di kafe ini juga ada menyediakan dessert yang lain seperti Nutella Pods, Nutella Cheesetart, Pizza Choc Caramel, Mud Choc Mini Crunch, Chore Cheese dan macam-macam dessert yang lain.

Alamat Suka Dessert

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kafe Suka Dessert ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10.00 a.m. – 10.00 p.m.
Alamat: G-08, Residensi 280, 1KM, Selayang – Kepong Hwy, 68100 Batu Caves, Selangor.
No. Tel: 018-788 8481

Anda juga boleh rujuk laman Instagram Suka Dessert untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang kafe Suka Dessert kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga serta rakan anda berkunjung ke kafe ini. Pasti seronok!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *