Serunding Kampung Laut HajiWan

June 16, 2022 by No Comments

Tuan/Puan pernah dengar tentang serunding Kampung Laut HajiWan? Semenjak dua ni, Cik Min dok dengar orang sibukkk cakap tentang serunding HajiWan ni. Katanya, serunding Kampung Laut HajiWan ni memang wajib ada sebagai stok di rumah. Jadi, Cik Min pun ambil kesempatan untuk selidik ada apa sebenarnya dengan HajiWan serunding ni?

Haaa, Tuan/Puan nak tahu ke tak tu? Kalau nak, jom teruskan membaca!

Apa relation Kampung Laut dengan HajiWan Serunding ni?!

serunding kampung laut HajiWan

Mula-mula tu puas jugalah Cik Min dok memikirkan apa relation Kampung Laut dengan HajiWan Serunding ni. Nasib ada abang Google kita, yang banyak membantu Cik Min! hihi… Apa pun, ia bukan kisah tragis tau! Rupanya, relation antara kedua ayat tersebut adalah tentang kehebatan serunding HajiWan yang telah menggunakan resepi asli dari Kampung Laut. Bikin suspen jerrr…

Selain itu, Kampung Laut juga sememangnya terkenal dengan penghasilan serunding, termasuklah brand HajiWan ini. Apa yang lebih menarik ialah, HajiWan serunding ni telah menggunakan resipi turun-temurun sejak tahun 1976! No wonder la ramai gilerr dok sibuk bercerita tentang HajiWan serunding ni.

Serunding HajiWan | Wajib ada?

Lepas membuat pencarian di Google, terasa macam nak borong terus banyak serunding Kampung Laut daripada HajiWan ni. Senang cerita, boleh kata wajib untuk setiap rumah menyimpan stok tau! Selama ni, Cik Min ingat serunding ni sesuai makan bila hari raya je. Yelah, biasanya Cik Min jumpa serunding ni time raya Aidilfitri, tak pun raya Aidiladha, betul tak?

Rupa-rupanya, ramai yang jadikan produk HajiWan Serunding ni sebagai satu makanan rutin yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Lebih memeranjatkan lagi ialah, bukan orang Kelantan je yang gemar makan serunding ni, tapi masyarakat dari seluruh Malaysia pun memilih HajiWan Serunding sebagai pilihan hati.

Rata-rata mengatakan bahawa serunding HajiWan ini telah memudahkan kehidupan mereka! Almaklumlah, apabila dihimpit dengan kekangan masa dan kerjaya, ramailah yang mula mengabaikan waktu makan. Kadangkala, kerja pun dibawa sampai ke rumah. Habis waktu makan turut terjejas! Kalau nak masak pula, memang tak larat dan penat gitu…

Jadi, dengan adanya serunding HajiWan, ia ibarat pelengkap kehidupan kebanyakan warga Malaysia yang sememangnya sibuk dengan kerjaya. Tak perlu masak berat dah… Hanya masak nasi atau bubur, kemudian boleh jadikan serunding HajiWan sebagai lauk utama! Perghh, terbaikkkk.

Contoh resipi bubur yang dimakan bersama serunding HajiWan! Banyak lagi video yang menarik di akaun YouTube HajiWan Serunding.

Serunding HajiWan ni boleh dibawa ke mana saja, even ke tempat kerja tau! Letak aje dekat laci meja office sendiri, ataupun di pantry. Salah satu sebabnya ialah, packaging botol yang HajiWan gunakan memang comel-comel belaka! Sememangnya sesuai untuk dibawa bukan sahaja ke tempat kerja, malahan untuk travel juga. Bak kata orang, travel pack gini memang super easylah! Tinggal masuk ke dalam beg, keluarkan, buka dan makan.

Produk HajiWan Serunding Pilihan Ramai

Cik Min pun ada usha website utama HajiWan Serunding ni. Wahhh, ada pelbagai jenis perisa untuk dipilih rupanya! Ada perisa daging, ayam dan juga ikan. Cik Min tengok gambar pun dah terasa padu gituuu. Kalau cakap tentang rasanya, apatah lagi kan? Haha

Bukan itu je, sekarang HajiWan Serunding ada buat promo combo tau! Ada HajiWan Serunding Combo Mix, iaitu combo daging, ayam dengan ikan. Bagi yang ingin rasakan ketiga-tiga flavor serunding HajiWan, boleh dapatkan pakej ni:

Kalau Tuan/Puan tidak gemar makan ikan, HajiWan ada keluarkan Combo 2 daging dan 1 ayam juga:

serunding kampung laut hajiwan

Bagi yang nak combo, tapi tak nak mix pun ada! Tuan/Puan boleh dapatkan 3 botol serunding HajiWan dengan perisa yang sama! Tuan/Puan boleh pilih mana yang berkenan di hati:

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Ini merupakan sample yang akan diberikan kepada Tuan/Puan secara percuma!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *