Serunding Daging Travel Pack | Travel Hack!

June 16, 2022 by No Comments

Mesti ramai traveller yang tengah pening dengan isu makanan self-heating, ready-to-eat telah diharamkan oleh semua penerbangan di Malaysia, kan? Yelah, bila berjalan ke negara orang, terutamanya negara bukan Islam, bukan semua makanan boleh dimakan dan kena dengan tekak kita. Tak gitu? Tapi, Tuan/ Puan jangan risaulah! HajiWan serunding daging travel pack kan ada?

Kalau nak tahu info lebih lanjut, jom baca perkongsian Cik Min kali ini!

Baru nak bercuti dengan aman, tapi dapat berita makanan self-heating, ready-to-eat DIHARAMKAN!

Serunding daging travel pack

Ingatkan lepas border dibuka, bolehlah kita bercuti dengan aman. Tiba-tiba, Cik Min dapat tahu yang self-heating, dan ready to eat food tidak boleh dibawa masuk ke mana-mana penerbangan pula.

Kita ni jenis tekak melayu, tak semua makanan di negara orang boleh kena dengan selera. Dari kecil pun memang duk melantak budu dengan sambal belacan tau… Itu belum lagi bila bab makanan halal yang susah nak dapat di negara bukan Islam. Adoi, pening Cik Min dibuatnya!

Eh, jangan risau! Serunding daging HajiWan travel pack kan ada?

Serunding daging travel pack

Ada sesiapa yang masih belum mengenali produk HajiWan Serunding ni? Kalau belum, nanti Cik Min nak babap dia! Haha.. Baiklah, bagi yang masih belum mengetahui tentang HajiWan Serunding, ia sebenarnya merupakan satu brand di bawah naungan Richness Foods Industry.

Brand HajiWan Serunding juga telah diiktiraf dan dikenali ramai oleh kebanyakan warga Malaysia tau! HajiWan serunding telah mengeluarkan beberapa jenis produk seperti serunding ikan, serunding ayam dan juga serunding daging. Bukan itu sahaja, kadangkala, HajiWan serunding juga turut mengeluarkan flavour yang special seperti serunding daging kambing! Tapi, atas permintaan ramai jugalah gitu

KINI! HajiWan serunding telah mengeluarkan satu lagi produk serunding bersaiz travel pack! Segala kerisauan para traveller kita dapat diatasi setelah adanya serunding daging bersaiz travel pack ni. Jangankan serunding daging, serunding ayam dan ikan pun boleh dapat dalam travel pack juga!

Apa yang pasti, Tuan/Puan tidak perlu panaskan dengan microwave atau double-boil pun serunding ni sebab ia memang boleh dimakan begitu sahaja. Tidak memerlukan self heating tau! Jadi, jangan risau kalau nak bawa masuk flight, sebab serunding ini bertekstur kering, bukan basah.

Jemaah haji pun memilih produk HajiWan serunding sebagai salah satu sajian ketika menunaikan ibadah tau!

Selain itu, dengan packaging yang compact ini sememangnya memudahkan traveller kita untuk bawa ke mana-mana sahaja! Nak bawa hiking pun boleh. Masukkan je serunding travel pack dalam poket seluar tu. Haha… Mudah kan?

Memandangkan travel pack serunding HajiWan ni dah dipack secara kecil, jadi, Tuan/Puan tinggal bawa, buka, dan makan sahaja. Lepas habis, boleh buang terus ke dalam tong sampah, gituuu.

Video ini diambil daripada akaun youtube HajiWan serunding. Banyak lagi video menarik yang boleh anda dapatkan di youtube channel HajiWanserunding.

Dah ramai tau yang bawa serunding daging travel pack ni ke luar negara, ataupun ketika menunaikan ibadah di Makkah. Senang cerita, dah jauhlah serunding daging travel pack ni berjalan! Namun, ikut kehendak Tuan/Puan juga bagaimana. Kalau suka daging, boleh dapatkan serunding daging. Jika tak, boleh dapatkan serunding ayam atau ikan. Tapi bagi Cik Min, lebih baik grab semua terus sebab nanti boleh tukar-tukar selera gitu, hihi…

HajiWan Serunding ni juga boleh dimakan macam tu aje tau! Tapi kalau nak lagi best, Tuan/Puan boleh pelbagaikan resipi dan cara makan dengan serunding HajiWan ni. Jadi, Tuan/Puan tidak akan berasa jemu punya. Confirm! Antara idea makanan yang Tuan/Puan boleh hidangkan bersama serunding adalah seperti di bawah:

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Serunding Daging Travel Pack” pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *