Serunding Ayam Paling Sedap | Mesti Cuba

June 16, 2022 by No Comments

Serunding ayam paling sedap? Betul ke sedap? Yelah, kira bukan calang-calang dah tu kalau boleh dapat title serunding ayam paling sedap ni. Mesti ramai juga nak tahu, serunding ayam paling sedap yang mana satu akan menjadi bualan kita pada hari ini, kan? Haaa, jadi moh ler kita baca artikel Cik Min hari ni ya…

Semoga bermanfaat!

HajiWan Serunding ayam paling sedap!

Serunding ayam paling sedap

Terkenal dengan rasa asli Kampung Laut, serunding ayam daripada HajiWan Serunding ini telah diiktiraf sebagai serunding ayam paling sedap oleh masyarakat! Wahh, biar betul?! Apa yang sedap sangat serunding daripada HajiWan ni, Cik Min?

Baik, ini yang Cik Min nak share dengan Tuan/Puan ni… Kenapa agaknya HajiWan Serunding ni sampai boleh dinobatkan sebagai pembekal serunding ayam paling sedap oleh orang ramai? Haaa, hal ini kerana:

1. Texture Serunding Ayam Yang Berbeza Daripada yang Lain

Serunding ayam paling sedap

Texture serunding ayam HajiWan ni memang sangat lembut tau! Agak susah nak dapat serunding ayam yang lembut macam ni kalau di luar sana. Biasanya, kebanyakan serunding yang Cik Min beli, teksturnya mesti sedikit keras. Mungkin, sudah disimpan terlalu lama.

Tetapi, ia amat berbeza dengan HajiWan Serunding! Simpanlah macam mana pun, teksturnya masih sama masih lembut, ‘selembut kulit bayi’ gitu. Haha, Cik Min ni… Hiperbola sangat!

2. Rasa dan Kualiti

Antara review daripada pelanggan HajiWan Serunding yang dimuat turun daripada akaun YouTube rasmi HajiWan Serunding.

Kalau bab beli makanan, rasa dia tu yang paling penting. Betul tak? Tapi bila sebut je HajiWan Serunding ni, Tuan/Puan tak perlu runsing dah. Memang tidak dinafikan, banyak brand yang menggunakan title “Asli dari Kampung Laut”, sampai kita sendiri confused tak tahu nak pilih yang mana satu kan? Tapi Cik Min boleh jamin, HajiWan Serunding ini sememangnya ASLI dari Kampung Laut! .

Kenapa Cik Min kata begitu? Sebabnya, kilang HajiWan itu sendiri terletak di Kampung Laut. Wowww, kilang?! Iyooo, Tuan/Puan… HajiWan Serunding ni ada kilang sendiri! Ingat biashe-biashe ke? Haha!

Seperti yang kita ketahui, Kampung Laut itu sendiri memang terkenal dengan penghasilan serunding. Namun, HajiWan Serunding inilah antara yang digemari ramai tau! Sebab tu Cik Min share pada Tuan/Puan semua. Lebih menarik ialah, mereka menggunakan resipi turun-temurun yang telah berusia lebih 30 tahun lamanya. Menarik kan? Yang lagi bagus adalah texture yg lembut dan sederhana pedas ni amat sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Untuk atuk-atuk atau nenek yang tak ada gigi pun boleh enjoy juga insyaAllah

3. Sesuai untuk Seisi Keluarga

Serunding ayam paling sedap HajiWan ini juga sangat sesuai dimakan oleh seisi keluarga. Maksud Cik Min, setiap golongan umur pun sesuai makan serunding ni, sebab tahap kepedasannya sangat sederhana! Anak-anak Tuan/Puan pasti akan gemarinya.

Bukan itu sahaja, serunding HajiWan ini juga memang kaya dengan protein. Haaa, Cik Min bukan cakap kosong ya… Produk daripada HajiWan Serunding ni ada nutrition facts yang diiktiraf oleh MARDI juga tau! Memang terbaik!

HajiWan Serunding ini juga sangat tahan lama! Kiranya, Tuan/Puan boleh beli dan buat stok simpanan di rumah dalam ruangan suhu bilik sahaja. Sebab, serunding ayam daripada HajiWan ni boleh bertahan selama 6 hingga 12 bulan. Kalau di luar sana, memang susahlah nak cari serunding yang boleh simpan lama macam ni kan? Kalau simpan lama sikit, mesti serunding tu dah tak boleh dimakan lagi sebab berbau hapak dan kering!

Ia amat berbeza dengan produk HajiWan Serunding, kerana mereka hanya menggunakan rempah ratus gred A yang menjadi kunci produk untuk tahan lebih lama!

Ramai yang telah rate serunding ayam paling sedap HajiWan Serunding ini dengan 5 bintang! Tuan/Puan bila lagi?

Penggemar serunding HajiWan ini bukan sahaja dari Kelantan, malahan di setiap pelusuk negeri pun sudah pasti ada penggemarnya! Senang cerita, serunding HajiWan ni paling laris di saat ingin menyambut sebarang perayaan. Bak kata mereka, tak lengkap hidangan tanpa Hajiwan serunding. Fuhhh, power

Tak caya? Ini Cik Min kongsikan kepada Tuan/Puan antara customer yang memilih HajiWan Serunding:

Itulah serba sedikit tentang “serunding ayam paling sedap” yang menjadi topik kita pada kali ini. Bercakap tentang serunding ni, auto kecur air liur Cik Min! Ni bila balik rumah nanti, memang Cik Min nak pergi ratah serunding ayam HajiWan yang ada dekat dapur tu. Hehehe

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Serunding ayam paling sedap”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *