Sarapan Pagi Melaka Mee Bodo Hassan

November 12, 2022 by No Comments

Min lihat ramai yang mencari sarapan pagi Melaka di web Makanlokal.com ni. Artikel sebelum ini tentang sarapan pagi Melaka di artikel ini.

Jadi harini Cik Min nak story lebih panjang tentang tempat sarapan pagi yang sedap di Melaka iaitu Mee Bodo atau dikenali sebagai Mee Hassan. Diusahakan oleh Pak Hassan, memang kedai ni menjadi tumpuan pelancong dan orang dalam Melaka sendiri untuk makan pagi.

Sarapan pagi Melaka
Gambar pemilik Mee Bodo atau Mee Hassan
Mee Bodo yang boleh dimakan bersama cuka dan kicap

Kalau nak makan sarapan pagi waktu di Melaka, hari pertama tu mesti makan di sini. Kalau nak datang kena datang seawal pukul 7.30 pagi sebab kedai buka masa tu. Masa first time Cik Min datang kena beratur dalam sejam tunggu meja kosong. Jadi kali kedua, tak mandi lagi pun Cik Min sanggup datang asalkan tak perlu tunggu turn!

Kalau sampai Mee Bodo Mee Hassan ni, kita duduk di meja je. Nanti orang kedai ni akan hantarkan mee pada kita. Kalau kita nak nasi lemak, boleh beritahu padanya. Order air pun di meja.

Kalau nak telur, baru bangun ambil sendiri.

Min ada buat Tik Tok di link ini.

Ada kawan Min kata tak ada apa-apa yang special sebab mee bodo aja. Ha itulah yang specialnya. Mee yang digoreng dengan sambal dan ditambah sedikit tauge sahaja, itulah mee bodo! Telur goreng dia pun digoreng menggunakan minyak sambal. Jadi siapa yang bawa anak kecil dan tak makan pedas, kena order nasi lemak tak ada sambal.

Sambal Mee Bodo Mee Hassan ni ada dijual dalam bentuk botol juga tau. Jadi kalau tak puas makan di kedai dan nak menikmati sambal ini di rumah, boleh lah beli ya.

Jom layari Makan Lokal untuk mendapatkan lebih banyak info dan lokasi tempat makan yang menarik!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *