Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam 2023 – Makan Pagi

December 16, 2021 by No Comments

Siapa yang jenis makan pagi? Kalau tak makan pagi boleh menggigil satu badan, betul tak? Sebab Min pun macam tu juga. Kepada warga Shah Alam dan Klang yang tengah merancang nak sarapan pagi di Shah Alam tu dah ada tempat ke? Kalau belum, mari Sis Min kongsikan lokasi sarapan di Seksyen 7 Shah Alam. Seksyen 7 ni macam-macam ada. Selepas joging di Tasik Shah Alam, boleh singgah di Seksyen 7 untuk cari sarapan.

Di Shah Alam, ada banyak tempat makan yang menarik. Tapi, yang Min nak kongsikan ini tempat makan pagi di Seksyen 7 Shah Alam. Lain hari, Min akan kongsikan pula tempat makan yang famous di Selangor.

#1 Restoran Lontong Klang | Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam

Siapa peminat lontong? Selera sungguh kalau dapat sarapan lontong dengan kuah masak lodeh dan kuah kacang. Biasanya mak-mak masak lontong, kuah lodeh dan kuah kacang ni apabila tiba waktu raya. Tapi, kali ini anda boleh makan lontong setiap pagi di Restoran Lontong Klang.

Walaupun nama restorannya Lontong Klang, namun restoran ini mempunyai cawangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Restoran ini terkenal dengan lontongnya yang sedap. Harga untuk lontong biasa ialah RM5. Lontong special, ayam, ayam sotong, sotong, dan sotong special cuma berharga RM6.50.

Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam
Sumber: KYspeaks

Alamat:
20, Jalan Zirkon E7/E Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 7.30 pagi – 3 petang
Jumaat: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari

#2 RZ Nasi Kukus | Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam

Kepada anda yang menggemari nasi kukus, anda boleh berkunjung ke restoran RZ Nasi Kukus. Nasi kukus dimakan bersama ayam goreng berempah memang menyelerakan. Restoran ini juga menyediakan khidmat penghantaran sehingga ke rumah pelanggan. Tapi, perlulah membuat pesanan melalui aplikasi foodpanda.

Jika anda tak berkesempatan nak singgah ke restoran ini, anda hanya perlu membuat pesanan secara dalam talian. Mudah saja kan?

Sumber: Facebook

Alamat:
2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 10 pagi – 10 malam

Sesiapa yang biasa sarapan pada pukul 10 pagi, sangat sesuai makan di restoran ini. Boleh beli terus makanan untuk lunch!

#3 Pak Li Kopitiam

Tempat sarapan di Seksyen 7 Shah Alam yang seterusnya ialah Pak Li Kopitiam. Pak Li Kopitiam menyediakan makanan yang menarik seperti Nasi Ayam Lemon, Nasi Lemak Pak Li Special, dan Katong Laksa. Pak Li Kopitiam ini juga popular dengan Ipoh White Coffee yang menjadi kegemaran pelanggan. Anda kena cuba makan di sini.

Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam
Sumber: Foursquare

Alamat:
42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam.

Waktu Operasi:
Ahad hingga Khamis: 8 pagi – 1.30 pagi
Jumaat, Sabtu, & Cuti Umum: 8 pagi – 2.30 pagi

#4 Restoran Hakim

Tempat sarapan di Seksyen 7 Shah Alam yang paling best bagi Min adalah di Restoran Hakim. Dari Min kecil sampai dah beso selalu makan sarapan di sini. Balik daripada joging pasti singgah sini untuk makan roti canai dan mi goreng mamak. Tapi, yang paling ramai orang suka makan ialah Hakim Fried Chicken (HFC).

Bagi Min, harga makanan di sini murah dan tempatnya besar. Boleh makan di bahagian dalam atau luar. Kalau inginkan sedikit privasi, boleh makan di ruang dalam.

Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam
Sumber: Facebook
Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam
Sumber: Facebook

Alamat:
1. 40 42, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. (Restoran Hakim Lama)
2. Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 7 pagi – 11.59 malam

#5 Selera Alam | Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam

Restoran Selera Alam ini menjual makanan sarapan seperti roti canai, nasi berlauk, nasi lemak dan lontong kuah kacang pun ada.

Sumber: Foursquare
Sarapan di Seksyen 7 Shah Alam

Alamat:
20, Jalan Plantinum E7/e, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
8 pagi – 2 petang

Sekarang anda dah boleh buat pilihan untuk sarapan di restoran yang Min kongsikan. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian kali ini. Min harapkan agar perkongsian kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *