Review Sate Padang Sedap

January 10, 2022 by No Comments

Sate Padang merupakan antara makanan masyarakat Minangkabau yang juga dikenali sebagai sate Minang. Sate Padang akan dimakan bersama kuah kacang yang dikisar halus dan berlainan daripada kuah kacang untuk sate biasa. Kebiasaannya, sate Padang juga akan dihidangkan dengan nasi impit atau lontong dan ditaburi bawang goreng. Mari teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui review sate Padang sedap.

Sebelum ini, Min pernah makan sate Padang yang sedap di Klang, iaitu Sate Padang Salero Kito. Baru-baru ini, Min pergi ke gerainya untuk membuat review tetapi, peniaga sudah tidak meniaga lagi. Sukar nak cari sate Padang di sini. Jadi, Min terjumpa ada satu kedai yang menjual sate Padang di Paya Jaras.

Sate Padang | Review Sate Padang Sedap

Sate Minang Pak Edi terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh ini menyediakan sate Padang atau dikenali sebagai sate Minang yang enak! Antara sate Padang yang ditawarkan oleh restoran ini ialah sate ayam, daging, dan perut. Sate ini akan dihidangkan dengan kuah sate yang pekat dan sedap, berbeza dengan sate biasa!

Harga sate ayam untuk 5 cucuk berserta nasi impit dan kuah ialah RM4. Manakala sate daging dan perut pula berharga RM4.50. Sangat berbaloi!

Bagi Min, harganya berbaloi kerana resipi ramuan dan rempah ratus untuk menghasilkan kuahnya adalah berbeza dan dikatakan asli dari Padang, Indonesia.

Rasa sate ayam, daging, dan perutnya yang empuk diganding dengan kuahnya yang sedikit pedas, manis dan pekat membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan! Tambahan pula, sate yang dibakar ini akan dicelupkan dengan sos istimewa untuk menjadikan sate tidak kering dan liat.

Review Sate Padang Sedap

Minuman | Review Sate Padang Sedap

Selain daripada sate, di restoran ini juga amat terkenal dengan dua jenis minuman, iaitu Teh Telur dan Avocado Toast. Teh Telur ini antara minuman special di sini. Air teh ini dihasilkan dengan mencampurkan teh dan kuning telur ayam kampung. Mungkin agak pelik dengan bahan yang ada dalam teh ini. Namun, rasanya sangat sedap dan lemak!

Avocado Toast juga adalah salah satu minuman yang popular di sini. Gandingan buah avokado dan milo memberikan rasa yang lebih enak! Penambahan milo dalam air avokado ini mampu menenggelamkan rasa avokado yang agak kuat. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka akan rasa avokado.

Sumber: Facebook

Tempahan dan Pesanan

Tahukan anda bahawa rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) juga pernah membuat review sate Padang sedap? Anda boleh baca di sini lebih lanjut.

Ada banyak lagi menu yang terdapat di Sate Minang Pak Edi ini. Anda boleh mengunjungi restoran ini bagi merasai keenakan makanan yang disediakan. Berikut merupakan maklumat mengenai restoran ini.

Lokasi:
Pasar Malam Paya Jaras, 40160 Sungai Buloh, Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 12 tengah hari – 12 tengah malam.

Anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda dan GrabFood bagi kawasan dalam lingkungan 10 km. Tetapi, jika anda jauh daripada 10 km, anda boleh gunakan Lalamove. Kepada warga Klang, anda boleh membuat pesanan melalui nombor telefon seperti di bawah:

Review Sate Padang Sedap

Jika anda teringin nak makan sate Padang, datang sahaja ke restoran ini atau membuat pesanan secara dalam talian. Mudah saja kan? Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan agar artikel review sate Padang sedap ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *