Review Latok Viral yang Sedap
Latok adalah sejenis rumpai laut yang juga merupakan makanan tradisi masyarakat Sabah terutamanya kaum Bajau dan Sulu. Walaupun pada mulanya latok ini agak asing dalam kalangan masyarakat Semenanjung Malaysia kini, latok telah banyak dijual di sini. Banyak juga review latok yang telah dibuat. Oleh hal yang demikian, kali ini, Min akan berkongsi beberapa review latok viral yang sedap oleh beberapa youtuber yang popular.
Latok yang merupakan rumpai laut berwarna hijau ini dikenali juga sebagai anggur laut. Hal ini dikatakan demikian kerana, biji-biji latok dikatakan seakan-akan menyerupai buah anggur. Latok dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti dapat mencegah kanser dan mencantikkan kulit serta rambut. Anda boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut mengenai khasiat latok.
3 Review Latok Viral yang Sedap
Terdapat tiga review latok yang akan dikongsikan, antaranya Latok Pop Pop Shrink, Lalatopletupss, dan Latok by Yayan.
#1 Latok Pop Pop Shrink
Ramai yang telah membuat review latok daripada Latok Pop Pop Shrink, tidak terkecuali selebriti terkenal, iaitu Noorkhiriah. Beliau sendiri membuat review dengan memakan latok ini. Satu paket Latok Pop Pop Shrink ini dijual dengan harga RM13 dan anda akan dapat latok dan juga sos. Tapi, mungkin pada tahun ini dan tahun akan datang, harga latok yang dijual ini akan berubah.
Sos yang dimakan bersama latok ini juga dikatakan sangat sedap. Tambah Noorkhiriah lagi, latok dalam paket tersebut boleh bertahan selama 6 bulan. Jadi, tidak menjadi satu masalah jika mahu pos latok ini ke seluruh Malaysia.
Pada paket Latok Pop Pop Shrink ini terdapat beberapa panduan sebelum anda mula memakan latok. Misalnya, latok perlu direndam dalam air selama 3 minit dan dibilas. Latok yang pada mulanya kecil dan seakan-akan tidak fresh itu akan berubah menjadi lebih besar dan segar! Bahkan, rasanya juga sangat rangup.
#2 Lalatokletupss | Review Latok Viral yang Sedap
Review latok seterusnya dibuat oleh Syazana Rashid. Sebelum review latok ini dimulakan, beliau menunjukkan cara untuk membasuh dan membersihkan latok bagi membuang bau hanyir. Lalatokletupss ini menjual latok bersama chopstick, cili, limau kasturi dan dua jenis sos.
Pada mulanya, beliau agak risau untuk makan latok. Hal ini kerana, beliau mengatakan sudah banyak review yang menunjukkan bahawa latok mempunyai rasa yang tidak sedap dan pelik. Tetapi, apabila beliau mula merasa latok ini, Min terkejut melihat beliau yang tak terkata. Beliau makan tanpa bersuara, hanya bunyi letupan latok yang dimakan sahaja. Daripada video tersebut, Min nampak bahawa latok yang dijual oleh Lalatokletupss ini sememangnya fresh dan sedap! Anda boleh tonton video review latok viral yang sedap ini di sini.
#3 Latok by Yayan | Review Latok Viral yang Sedap
Review latok viral yang sedap seterusnya ialah Latok by Yayan. Review latok ini dibuat oleh youtuber terkenal, iaitu Isaac Osman. Latok ini dijual dalam satu bekas seberat 100 gm. Isaac Osman yang makan latok sebanyak 15 bekas ini mengatakan latok tersebut sangatlah sedap walaupun sos latok itu pedas. Tambahan pula, Latok by Yayan menyediakan latok, sos, dan limau kasturi dalam satu bekas. Sememangnya gandingan yang sesuai terutama bagi menghilangkan bau hanyir, sekali gus tidak berasa muak.
Sebelum ini, Isaac Osman pernah makan latok yang dikatakan busuk dan tidak segar. Namun, selepas memakan Latok by Yayan ini dikatakan sememangnya fresh kerana mereka memberikan panduan yang betul untuk membersihkan latok sebelum makan.
Sos yang disediakan oleh Latok by Yayan sememangnya sedap dan pedas. Jika anda peminat latok dan makanan pedas, anda wajib mencuba latok ini. Min tak mahulah kecur air liur seorang diri apabila melihat Isaac Osman membuat food review. Jadi, marilah tonton video beliau di sini.
Min ada kawan dari Sabah yang memberitahu kalau mahu makan latok, jangan simpan latok dalam peti ais kerana boleh menyebabkan latok cepat rosak. Tambahan pula, latok amat sesuai dimakan dengan nasi, ikan bakar, sotong bakar, dan banyak lagi.
Sekarang anda sudah pun baca review latok viral yang sedap kan? Jadi, anda sudah pun tahu jenis-jenis latok segar, betul tak? Oleh itu, yang mana satu menjadi pilihan hati anda? Min harapkan agar perkongsian pada kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!