Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

December 23, 2021 by No Comments

Anda merupakan penggemar makanan Korea? Ingin tahu restoran makanan Korea yang diiktiraf halal? Cik Min rasalah, semua orang memang suka perkara berkaitan dengan Korea, apatah lagi berkenaan drama dan makanan Korea. Cik Min pun suka sebenarnya! Makanan Korea boleh dikatakan sedap-sedap belaka. Di Malaysia pun banyak restoran yang menjual makanan Korea yang halal tau!

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang restoran makanan Korea yang diiktiraf halal. Jadi, anda tak perlulah rasa risau lagi apabila nak makan di restoran yang menjual makanan Korea ni.

Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

5 Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

Ikuti senarai restoran makanan Korea halal yang akan Cik Min kongsikan di bawah. Restoran ini tentunya menyediakan makanan yang sedap dan menyelerakan untuk dinikmati.

1. MyeongDong Topokki

Rasanya semua pernah dengar tentang restoran MyeongDong Topokki ini kan? Bagi anda yang gemar makanan korea seperti Topokki, Soondubu Jjigae, anda patut singgah ke tempat ini! Myeongdong Topokki ni memang banyak cawangan di serata Malaysia, jadi mudah sangat untuk sesiapa yang teringin makanan Korea.

Kalau anda nak tahu, Topokki bermaksud rice cake. Paling menarik sekarang ni Myeongdong Topokki boleh dipesan di Lazada ataupun Shopee! Mudahlah lepasni boleh order je terus sampai!

Alamat: Lot G-21 B, Ground Floor, Setapak Central, 67, Jalan Taman Ibu Kota Setapak Central, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 10:00 a.m. – 8:00 p.m.

Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

2. Mr.Dakgalbi – Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

Kalau anda gemar makan makanan Korea, di sinilah tempatnya! Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan korea yang dimasak secara langsung di hadapan pelanggan tau! Tapi jangan risau, mereka ada menggunakan cover supaya makanan tidak terpercik pada pelanggan.

Dakgalbi ni dalam bahasa Korea bermaksud daging ayam. Sekarang ni Mr.Dakgalbi dah ada banyak cawangan di Malaysia. Jadi, anda bolehlah Google sahaja ‘Mr.Dakgalbi Near Me’ bila teringin nak makan. Memang mudah!

Alamat: Sogo KL, No. J – G _ 02, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:00 a.m. – 10:00 p.m.

3. Eid Authentic Korean Cuisine 

Siapa sahaja yang tak tahu tentang Eid Authentic Korean Cuisine ni kan? Kalau anda ke Korea, ramai yang akan ke restorannya di Itaewon sebab makanan yang disajikan kepada pelanggan sedap dan halal. Tapi sekarang, anda dah tak perlu ke Korea semata-mata kerana rindu nak makan di Eid Authentic Korean Cuisine ni. Anda boleh saja hidupkan enjin kereta dan bergerak ke Bangi, Seremban atau Damansara untuk rasai sendiri makanan ini!

Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 12:00 p.m. – 9:00 p.m.

4. Sweetree Korean Food – Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

Bagi anda yang gemar makan makanan Korea, anda boleh terus datang ke restoran Sweetree Korean Food ini! Restoran ini terletak di Ampang. Makanan yang disajikan memang sedap dan menyelerakan tau! Anda juga boleh lihat hiasan dalaman restoran ini yang cantik dan memukau mata pelanggan. Memang bonus tambahanlah, kalau anda jenis suka restoran yang instagramable.

Menu istimewa yang wajib dicuba di sini ialah Authentic Korean Barbeque. Selain itu, terdapat pelbagai jenis makanan Korea yang lain untuk anda pilih ikut selera iaitu bulgogi, bibimbap, subi, jjampong dan banyak lagi! Bukan tu saja, side dishes pula diberi secara percuma tau!

Alamat:  L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 10:30 a.m. – 9:00 p.m.

Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

5. Gangnam Station Restaurant

Cik Min teringat lagu Gangnam Style pula bila tengok nama restoran ini! Kalau anda makan di restoran ini seakan berada di Gangnam, Korea gitu! Restoran ini terletak di Shah Alam. Gangnam Station ini pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3 tau. Hidangan Korea yang disediakan memang sedap dan halal. Jadi, anda bolehlah bawa seisi keluarga makan di restoran ini.

Alamat: No. G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:30 a.m. – 8:00 p.m.

Restoran Makanan Korea Diiktiraf Halal

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang restoran makanan Korea yang diiktiraf halal kali ini. Mesti perut anda semua rasa lapar kan? Jadi, apa tunggu lagi, singgahlah ke restoran makanan Korea ini tau!

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *