Resipi Sardin Ala-Ala Thai | Senang, Murah, & Sedap!

March 14, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Sis Min ada terlihat satu video yang pernah viral di laman TikTok, Instagram, dan Facebook mengenai resipi sardin ala-ala thai. Nampak begitu menyelerakan! Sis Min percaya pasti ramai yang dah bosan makan sardin biasa. Jadi, artikel kali ini, Sis Min nak kongsikan resipi sardin kepada anda.

Resipi ini, Sis Min dapatkan daripada laman Instagram Dapur Tiyah di sini. Bahan-bahan untuk membuat sardin ini, mudah sahaja! Mari tengok bahan yang diperlukan. Sebelum anda masak sardin ini, pastikan anda masak nasi terlebih dahulu. Sungguh menyelerakan apabila dimakan dengan nasi panas!

Bahan-bahan untuk Resipi Sardin Ala-Ala Thai

Berikut merupakan senarai bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin sardin
  • 3 biji telur
  • Bawang Holland (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Cili api (hiris)
  • Sedikit air perahan limau nipis
  • Sedikit sos ikan

Cara Memasak | Resipi Sardin Ala-Ala Thai

Berikut merupakan cara untuk memasak:

  1. Mula-mula, tumis bawang Holland, bawang putih, dan cili api sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ikan sardin dan hancurkan sedikit.
  2. Tuang sambal sardin ke dalam masakan. Selepas itu, letakkan sedikit air perahan limau nipis dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
  3. Pecahkan tiga biji telur ke dalam masakan. Jangan kacau masakan bagi mengelakkan telur tersebut pecah.
  4. Tutup masakan dengan tudung periuk. Biarkan telur dan sardin tadi masak.
  5. Tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.
Resipi Sardin Ala-Ala Thai
Sumber: Instagram

Tips Tambahan:

  1. Boleh masukkan daun dan akar ketumbar bagi menaikkan rasa ala-ala thai.
  2. Biarkan telur yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut sehingga separuh masak. Sekiranya anda bukan penggemar telur separuh masak, boleh biarkan telur masak sepenuhnya.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *