Resipi Puding Laici Berkuah yang Sedap

January 3, 2022 by No Comments

Ada sesiapa yang menggemari puding? Anda nak cuba resipi puding laici berkuah yang sedap? Mari teruskan membaca bagi mendapatkan resipi. Bahan yang digunakan untuk membuat puding laici berkuah ini sangat mudah. Cara penyediaannya juga amat mudah.

Tak lama lagi, bulan Ramadan akan tiba. Sedap juga puding laici ini jika dibuat untuk berbuka puasa. Rasa segar saja. Jom lihat bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Berikut merupakan bahan yang diperlukan untuk membuat puding laici:

  • 1 tin buah laici (½ cawan air laici untuk masak puding)
  • 1 tin susu cair
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 5 cawan air
  • ¾ cawan gula
  • Bekas

Cara Penyediaan | Resipi Puding Laici Berkuah yang Sedap

Cara membuat puding laici berkuah adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula, masukkan air dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan serbuk agar-agar. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan ½ cawan air laici. Biarkan ia mendidih dan tutup api.
  4. Sediakan bekas dan masukkan bahan-bahan puding yang telah dimasak ke dalam bekas tersebut.
  5. Biarkan puding tersebut sedikit mengeras dan sejuk. Taburkan laici dan air laici ke atas puding.
  6. Simpan di dalam peti sejuk. Siap dihidangkan!

Tips | Resipi Puding Laici Berkuah yang Sedap

  1. Jika anda inginkan puding sedikit keras, boleh gunakan 4 cawan air. Jika anda mahukan puding lebih lembut untuk memudahkan kanak-kanak makan, anda boleh lebihkan air.
  2. Anda juga boleh kurangkan gula sekiranya tidak suka manis.
  3. Jika anda inginkan puding laici lebih berkuah, boleh gunakan 2 tin laici.

Mudah sahaja kan cara membuat puding laici berkuah ini? Jika anda mahukan tips mengurus dapur agar kelihatan lebih kemas terutama selepas memasak, anda boleh baca di sini.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda untuk memasak dengan mudah. Selamat mencuba!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *