Resipi Popia Carbonara Viral Rangup dan Sedap!

January 6, 2022 by No Comments

Artikel lepas, Min ada kongsikan cara membuat popia Vietnam. Jadi, kali ini Min nak kongsikan pula resipi popia carbonara viral kepada anda. Popia carbonara ini mempunyai persamaan sedikit dari segi rupa bentuknya dengan popia biasa. Tetapi, inti yang digunakan sahaja yang berbeza dengan popia biasa.

Kebiasaannya, popia biasa menggunakan sayur seperti lobak merah, kobis, sengkuang, dan timun. Tetapi, popia carbonara ini agak berbeza kerana menggunakan kuah spageti carbonara sebagai inti. Jom lihat bahan yang diperlukan untuk membuat popia carbonara yang pernah viral.

Resipi Popia Carbonara Viral

Bahan-bahan Membuat Popia Carbonara

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia dan intinya:

Bahan-bahan Popia

  • Kulit popia
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit air
  • Minyak masak (untuk goreng)

Bahan-bahan Inti | Resipi Popia Carbonara Viral

  • 1 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang Holland (potong dadu)
  • 300 gm dada ayam (potong dadu)
  • 100 gm sosej (potong nipis)
  • Lobak merah (potong dadu)
  • 3 biji cili padi (hiris halus) – pilihan
  • 1 tin Prego Carbonara Mushroom Pasta Sauce
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Sedikit garam

Cara Membuat Popia Carbonara | Resipi Popia Carbonara Viral

Jom lihat cara membuat popia carbonara step-by-step.

Inti Carbonara

  1. Mula-mula, masukkan mentega ke dalam kuali sehingga cair. Masukkan bawang putih, bawang Holland, lobak merah, cili padi, dada ayam, dan sosej. Tumis sehingga naik bau dan ayam masak.
  2. Kemudian, masukkan Prego carbonara. Kacau sebati dan biarkan ia pekat dan mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, oregano, dan garam ke dalam masakan. Kacau sebati dan tutup api.
Resipi Popia Carbonara Viral

Popia Carbonara | Resipi Popia Carbonara Viral

  1. Mula-mula, bancuh tepung gandum dengan sedikit air sehingga pekat.
  2. Kemudian, bentangkan dua kulit popia ke atas pinggan leper. Letakkan satu sudu besar inti carbonara ke atas kulit popia. Gulung seperti biasa.
  3. Calitkan sedikit bancuhan tepung gandum di hujung gulungan dan gulung sehingga popia tidak terbuka.
  4. Panaskan minyak masak dan mula menggoreng sehingga popia bertukar warna keemasan.
  5. Siap dihidangkan!

Tips:

  • Popia ini digulung dengan dua kulit popia supaya kulit popia tidak terkoyak semasa menggoreng.
  • Boleh gunakan cili padi sebagai penambah rasa pedas bagi yang menggemari makanan pedas.
  • Bancuhan tepung gandum itu digunakan untuk melekatkan kulit popia supaya tidak tertanggal.
  • Pastikan menggunakan api yang perlahan semasa menggoreng. Hal ini supaya popia masak dengan sekata.
  • Jika mahukan rasa yang lebih lemak, boleh tambahkan sedikit susu cair dan keju.

Mudah sahaja kan membuat popia ini dengan adanya resipi popia carbonara viral? Sekiranya anda teringin nak makan nasi tomato, anda boleh lihat resipi di sini. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda untuk memasak dengan mudah.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *