Resipi Cheesekut Bahan Mudah – Lemak Berkrim

December 22, 2021 by No Comments

Siapa disini peminat cheesekut? Angkat tangan! Haha. Cheesekut ni paling mudah dan senang nak dibuat bagi Cik Min. Jadi, bagi yang tak berapa pandai baking pun boleh cuba. Confirm menjadi! Selain itu, cheesekut ni tak perlu dibakar atau kukus. Cheesekut ada gabungan cream cheese dan biskut.  Memang lemak berkrim! Jom cuba resipi cheesekut bahan mudah yang Cik Min kongsi di bawah.

Resipi Cheesekut Bahan Mudah yang Nikmat Dimakan Ketika Sejuk

Bahan-bahannya:

Resipi Cheesekut Bahan Mudah
  • 1 paket biskut kraker original (apa-apa jenama pun boleh)
  • 250 g cream cheese (Cik Min guna jenama Tatura)
  • 1/2 tin susu pekat
  • Susu segar
  • Nestum sebagai topping (optional)

Cara-cara Membuat Cheesekut:

  1. Masukkan cream cheese, susu pekat dan 2 susu besar susu segar ke dalam mixer sehingga sebati.  
  2. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas. Celup sekejap saja ya untuk elakkan biskut menjadi lembik. 
  3. Buat lapisan nipis cream cheese yang dikisar tadi di atas biskut tadi. 
  4. Seterusnya taburkan nestum sebagai topping
  5. Ulang proses yang sama sehingga habis.
  6. Simpan dalam peti sejuk sehingga keras untuk mudah dipotong. 

Nota: Sekiranya tak ada mixer tu jangan risau. Nak mix pakai blender pun boleh.

Hasilnya – Resipi Cheesekut Bahan Mudah

Resipi Cheesekut Bahan Mudah
Resipi Cheesekut Bahan Mudah

Inilah hasilnya selepas keluar dari peti sejuk. Sedap sangat makan sejuk-sejuk!

Custom Cheesekut Mengikut Cita Rasa Anda

Tips dari Cik Min untuk topping, anda boleh tambah atau tukar topping mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya boleh tambah Milo, serbuk Oreo ataupun serbuk Biscoff.

Kalau nak kelainan sikit, anda boleh letakkan hirisan buah segar seperti strawberi atau kiwi. Jadi akan ada rasa masam-masam sikit. Satu kombinasi yang sedap bagi Cik Min dan tak lah muak sangat makan cream cheese tu.

Untuk menggantikan biskut kraker original, anda boleh ganti dengan biskut Marie. Boleh aje nak try and error kalau nak tau yang mana lagi sedap.

Selamat mencuba buat anda semua! Jika sedap boleh juga kongsikan resipi cheesekut bahan mudah ini dengan rakan-rakan.

Jangan lupa kongsikan komen anda di bawah.


Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Makanlokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *