Resipi Bubur Jagung Sedap

December 31, 2021 by No Comments

Sedapnya makan bubur jagung pada waktu petang bersama jiran sebelah rumah sambil berbual. Teringin pula Min nak buat bubur jagung. Jom, Min kongsikan resipi bubur jagung sedap kepada anda.

Min yakin, pasti ramai yang menggemari bubur jagung. Biasanya di majlis keraian seperti tahlil atau kenduri kahwin, pasti ada bubur ini. Ia boleh dijadikan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Rasanya yang lemak manis sememangnya menyelerakan. Bahan untuk membuat bubur jagung ini pun mudah sahaja. Jom lihat bahan apa yang diperlukan.

Bahan-bahan | Resipi Bubur Jagung Sedap

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bubur jagung. Bubur jagung ini, Min tambahkan sagu agar rasanya lebih enak.

  • 5 tongkol jagung (hiris isinya)
  • 3 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ cawan gula perang (boleh guna gula putih)
  • 1 keping gula melaka
  • 5 sudu besar biji sagu (basuh bersih dan toskan)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
Resipi Bubur Jagung Adabi
Sumber: Adabi

Cara Penyediaan

  1. Mula-mula, masukkan santan cair dan isi jagung. Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan gula melaka, gula perang, sagu, daun pandan, dan santan pekat. Kacau secara perlahan sehingga mendidih dan masak.
  3. Tambahkan sedikit garam dan tutup api. Siap dihidangkan!
Resipi Bubur Jagung Sedap

Tips | Resipi Bubur Jagung Sedap

  • Boleh tambah atau kurangkan gula mengikut cita rasa anda.
  • Garam dimasukkan bagi menambahkan rasa lemak bubur jagung.
  • Sebaiknya, gunakan santan kelapa/asli berbanding santan kotak. Hal ini supaya rasa keenakan bubur jagung lebih lemak dan sedap.

Mudah sahaja kan nak buat bubur jagung ini? Jika anda nak cuba resipi agar-agar cendol untuk minum petang, anda boleh baca di sini. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda untuk memasak dengan lebih mudah.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *