Ramen Hacks Paling Viral
Masih ada yang belum cuba ramen hacks paling viral di Tiktok ke? Rugilah kalau belum cuba sebab sedap sangat sampai teringat-ingat dalam mimpi. Dua resepi ramen hacks yang nak dikongsikan iaitu Ramen Creamy Milk dan Ramen Super Ring. Jom, Cik Min tunjukkan!
Apa itu Ramen?
Perkataan ramen atau samyang sudah tidak asing dalam kalangan anak muda sekarang. Ramen adalah sejenis mi segera yang popular dari Korea Selatan. Makanan ini semakin popular dek kerana pengaruh K-Pop yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Kepedasan ramen itu sangat digemari oleh masyarakat Malaysia sekaligus menyebabkan banyak syarikat pengeluar mi segera di Malaysia untuk mengeluarkan produk berkenaan juga.
Semakin berkembang trend pemakanan ramen maka semakin banyak ramen tricks yang muncul. Sebagai contoh, penggunaan cheese, susu dan Super Ring dalam ramen yang menjadi perhatian ramai.
Resepi Ramen Creamy Milk
Cheese dan susu merupakan gabungan bahan atau ramen hacks yang paling viral dan menarik bagi membangkitkan rasa lemak berkrim yang sangat enak. Bahan-bahan ini sesuai digunakan dalam hidangan Ramen Creamy Milk bagi menambah rasa yang berbeza dan lebih menarik. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahan-bahan:
- Ramen (1 paket)
- Susu full cream (1 kotak kecil)
- Cheese (3 keping)
Langkah-langkah penyediaan:
- Rebus ramen dan toast kan air.
- Masukkan satu kotak susu, perencah ramen dan dua keping cheese.
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ramen dan sekeping cheese.
- Kacau sehingga sebati.
- Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.
- Sedia dihidangkan.
Resepi Ramen Super Ring
Cara baru dan unik untuk menikmati ramen dengan menambah Super Ring dalam masakan dapat menghasilkan hidangan ramen yang lebih enak dan menyelerakan. Ramen hacks paling viral ini pasti tidak akan mengecewakan anda semua. Mari kita cuba Ramen Super Ring!
Bahan-bahan:
- Ramen ( 1 paket)
- Beef peperoni /sosej
- Susu full cream (1 kotak kecil)
- Super Ring (2 paket kecil)
Langkah-langkah peneydiaan:
- Goreng beef peperoni/sosej dan rebuskan ramen.
- Didihkan 1 kotak susu.
- Masukkan Super Ring dan ramen.
- Kemudian, masukkan perencah dan kacau sebati.
- Angkat dan hidangkan dalam mangkuk.
- Hiaskan dengan beef peperoni dan mozarella cheese (pilihan).
- Panaskan dalam ketuhar.
- Sedia dihidangkan!
Jenis Ramen Sedap dan Popular | TOP 5
Pasti ramai peminat-peminat ramen di luar sana terutama sekali penggemar drama atau rancangan Korea yang sering menonton artis Korea menikmati ramen. Baru-baru ini pula beberapa ramen hacks telah mencetuskan fenomena iaitu dengan menggunakan cheese, susu dan Super Ring. Bahan-bahan ini menjadikan hidangan ramen lebih sedap dan menyengat. Jom kita lihat ramen apa yang boleh digunakan untuk buat ramen hacks ini:
Samyang Spicy Ramen
Samyang Spicy Ramen merupakan ramen berperisa original dan paling popular. Ramen ini sangat mudah didapati di mana-mana pasaraya berbanding dahulu. Jom buat ramen hacks paling viral guna ramen ni!
Samyang 2x Spicy Ramen
Jika ramen original tidak pedas bagi anda, bolehlah cuba Samyang 2x Spicy Ramen pula. Pasti berpeluh kepala anda! Yang tak tahan pedas, cubalah kalau nak lidah anda terbakar! Ramen hacks paling viral ni juga sangat sesuai digunakan untuk menstabilkan rasa pedas yang melampau.
Samyang Cheese Ramen
Kalau suka yang sedikit ‘cheesy’ bolehlah cuba Samyang Cheese Ramen ini. Sememangnya apa-apa makanan yang mengandungi cheese akan menjadi kegilaan ramai. Gabungan rasa pedas dan masin tu memang ‘ngam’. Pehh!
Samyang Carbonara Ramen
Packaging Samyang Carbonara Ramen ini sendiri sangat menarik perhatian terutamanya kanak-kanak dan wanita. Gabungan rasa pedas dan lemak berkrim susu menjadikan Samyang Carbonara ini rasa yang seimbang dan kurang pedas. Ia sangat sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.
Ghost Pepper Ramen
Tidak ada ramen yang lebih menakutkan melainkan Ghost Pepper Ramen ini. Mi ramen ini yang berwarna hitam dan sangat pedas pasti menguji sesiapa yang menikmatinya. Pasti akan meneteskan air mata! Nak kurang pedas bolehlah guna ramen hacks paling viral ni.
Jom cuba! Cik Min pun rasa teringin pula nak makan Ramen Super Ring malam ni. Tak sabar rasanya nak cuba. Hidangan ini sesuai di makan pada waktu tengahari, makan petang atau makan malam. Best juga dijadikan snack masa bosan. Resepinya pun tak susah sangat, simple jer!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Layari laman makanlokal.com untuk resepi-resipi yang lebih menarik untuk anda cuba.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!
Nak baca lunastory, tekan sini.