Program Mengopi 3.0

October 10, 2022 by No Comments

Program Mengopi 3.0 bersama Karnival Keusahawan & Kerjaya Peringkat Pulau Pinang akan berlangsung selama 3 hari.

Program Mengopi akan menjadi salah satu program di dalam karnival tersebut.

Program Mengopi 3.0

Program Mengopi 3.0 akan menampilkan 6 orang speaker yang terdiri dari 3 bidang.

Bidang F&B Cafe & Restoran ( 2 orang)
Bidang Pertanian dan Buah2an( 2 orang)
Bidang IKS & Pembuatan Produk ( 2 orang)

6 orang speaker ini akan berkongsi jatuh bangun perniagaan mereka untuk kita mengambil tahu dan jadikan panduan dan iktibar di dalam bisnes seharian kita.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama di dalam program ini.

Program Mengopi 1.0 di sini.

Nak daftar join program ini hanya RM50 di sini

Like FB Page Jom Mengopi di sini.

Kami belum open lagi tapi nak register dah boleh dah 🙂

Host, Tuan Zaki Salleh

PortFolio Mengopi dah lengkap.

2 kali dah buat event dan kehadiran peserta melebihi 500 org. 2023 permulaan untuk kami gabungkan 3 program Mengopi dalam 1 portfolio untuk menjayakan misi penganjuran lebih besar impaknya.

Tuan Zaki Salleh

Perkongsian Program Mengopi 2.0

Mengopi 2.0 berakhir dengan jaya nya pada 24 Sept 2022 yang lalu.

Alhamdulillah.

Jika tak kuat, memang surrender awal kerana begitu kuat tekanan dari pelbagai sudut.

Namun….

Berbekalkan pengalaman dan sentiasa berfikiran positif dan terus berjuang, akhirnya lepasi segala ujian dan dugaan.

Betul lah bak kata pujangga, jika kita “koyak” , kita akan berhenti di pertengahan perjalanan sedangkan sikit sahaja lagi sebelum temui titik kejayaan.

Walaupun pada satu ketika umpama segala pintu nampak seakan tertutup, tetapi berkat keazaman yang jitu dan Allah hantar idea dan terus buat, akhirnya bantuan Allah hadir tepat pada waktunya.

Apabila lepasi sahaja segala cabaran tersebut, terus tenang dan kapal yang nampak kuat di pukul ombak dan ribut taufan, terus belayar dengan tenang setelah berjaya harungi semua nya.

Syukur Alhamdulillah. Ramai yang hadir beri sokongan. Kurang lebih 600 orang lepasi sasaran asal minima 500 peserta.

Setelah lepasi 2 kali penganjuran, berbekalkan pengalaman tersebut, untuk Program Mengopi 3.0 bersama Karnival Keusahawan & Kerjaya Peringkat Pulau Pinang ins sya Allah jalannya semakin mudah di lalui.

Allah tak akan bagi jalan mudah. Ujian pasti ada. Jika kita sabar, ins sya Allah kejayaan milik kita.

Terima kasih team yang setia ada bersama lalui semua ini sehingga akhirnya, kita berjaya lepasi dengan jayanya. Tahniah semua. Alhamdulillah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *