Patin Tempoyak Popular di Temerloh

February 3, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min tonton satu video yang dimuat naik oleh seorang influencer terkenal iaitu Khairul Aming, tentang restoran ikan patin tempoyak yang popular di Temerloh. Menerusi video tersebut, Cik Min pun terfikir untuk berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang restoran makanan yang menjual masakan patin tempoyak di negeri Pahang ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari ikuti perkongsian lanjut di bawah. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Saji.My.

Patin Tempoyak Popular di Temerloh

Restoran Ikan Patin Tempoyak Best di Temerloh

Buat anda yang gemar makan masakan patin tempoyak, anda wajib baca maklumat di bawah. Manalah tahu, sambil-sambil berjalan ke negeri Pahang, anda boleh singgah sebentar ke restoran ikan patin ini.

Kancil Raja Patin

Restoran Kancil Raja Patin ini sememangnya sangat popular di Temerloh. Bagi Cik Min, nama restoran ini kedengaran agak unik, bukan? Namun, sebenarnya nama “Kancil” tersebut adalah nama bagi pemilik restoran ini. Cik Min juga dapat tahu restoran ini agak sibuk dengan ramai pelanggan lagi-lagi pada waktu puncak.

Untuk makluman, Kancil Raja Patin ini juga mempunyai cawangan di Setapak, Kuala Lumpur tau! Mudahlah untuk warga di sana merasai sendiri keenakan patin tempoyak ini.

Alamat: No 65, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, Pahang.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 11:00 a.m. – 5:00 p.m.

Patin Tempoyak Popular di Temerloh

Gobang Maju Patin Tempoyak – Patin Tempoyak Popular di Temerloh

Bagi anda yang teringin untuk merasai sendiri ikan patin tempoyak, bolehlah singgah ke restoran Gobang Maju ini. Cik Min sendiri pernah datang ke restoran ini dan ia sememangnya sangat besar dan luas. Selain itu, di restoran ini ada juga menjual pelbagai jenis menu lain seperti pais ikan patin, asam pedas dan tentunya ikan patin tempoyak.

Bagi Cik Min, ikan patin tempoyak di sini sedap dan cukup rasa. Jadi, bolehlah anda bawa keluarga dan rakan-rakan datang makan ke restoran ini.

Alamat: 1/4 Mile Jalan, 28000 Temerloh, Pahang.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 10:00 a.m. – 8:00 p.m.

Selera Ikan Patin Bangau – Patin Tempoyak Popular di Temerloh

Restoran Selera Ikan Patin Bangau ini juga sangat terkenal dengan patin tempoyaknya yang sedap! Cik Min dapat tahu harga makanan di sini sangat murah dan berpatutan! Suasana restoran ini sangat santai, sesuai bagi anda yang sukakan ketenangan. Anda juga boleh merasai pelbagai menu istimewa yang lain seperti pais ikan patin tempoyak di sini.

Alamat: Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh Pahang.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin, 12:00 p.m. – 4:00 p.m.

Setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min tentang patin tempoyak popular di Temerloh. Jadi, kalau anda semua teringin nak makan patin tempoyak sedap, datanglah ke restoran yang Cik Min senaraikan di atas ya?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *