Nasi Lemak Saleha – Kena Cuba!
Siapa yang suka makan nasi lemak? Kalau hari Sabtu dan Ahad, pagi-pagi nak breakfast mesti cari nasi lemak. Nasi lemak di gerai tepi jalan atau di restoran adalah pilihan Min setiap minggu. Kadang-kadang teringin nak masak nasi lemak sendiri. Tapi, macam leceh. Jadi, baru-baru ini, Min ada terbaca akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan nasi lemak, iaitu Nasi Lemak Saleha.
Sesiapa yang menggemari nasi lemak seperti Min, anda perlu datang ke Kuala Lumpur untuk merasai keenakan nasi lemak ini. Pada 10 tahun yang lalu, nasi lemak ini hanya dijual di gerai kecil tepi jalan. Kini, pemilik nasi lemak ini telah berjaya membuka restoran dengan memiliki dua cawangan, iaitu di Sri Rampai, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor.
Pemilik Restoran
Restoran Nasi Lemak Saleha dimiliki oleh Puan Saleha Abdullah yang sememangnya sudah terkenal dalam kalangan penggemar nasi lemak. Restorannya terkenal bukan sahaja dalam kalangan pelanggan tempatan. Malahan, popular dalam kalangan pelancong asing. Bahkan, restoran milik Puan Saleha ini juga telah mendapat liputan media tempatan hingga ke peringkat antarabangsa.
Jenis Nasi Lemak
Tahukah anda bahawa restoran ini menjual pelbagai jenis nasi lemak? Terdapat lebih daripada 5 jenis nasi lemak yang dijual di restoran. Beliau mengatakan bahawa resipi yang digunakan dalam masakannya tetap sama walaupun harga barang naik. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesuatu perniagaan boleh bertahan lama disebabkan peniaga memenuhi cita rasa pelanggan. Itulah apa yang Puan Saleha Abdullah lakukan sehingga kini. Berikut merupakan jenis nasi lemak yang dijual:
#1 Nasi Lemak Daun Pisang
Bukan senang nak dapat nasi lemak yang dibungkus elok dengan daun pisang. Rata-rata yang Min jumpa selalunya dibalut dengan kertas minyak tanpa dialas dengan daun pisang. Kalau nasi lemak dibalut dengan daun pisang, rasa dan aromanya memang memukau. Sambil menulis artikel ini, Min rasa perut sudah pun berkeroncong.
#2 Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah | Nasi Lemak Saleha
Jika anda inginkan kelainan, anda boleh cuba nasi lemak ayam goreng berempah dari restoran ini.
#3 Nasi Lemak Rendang Daging
Selalunya makan rendang daging ni semasa musim perayaan. Tapi, di restoran Nasi Lemak Saleha ini, anda boleh menikmati rendang daging dan dimakan bersama nasi lemak. Unik cara hidangan lauk yang disediakan. Nampak sungguh menyelerakan!
#4 Nasi Lemak Rendang Ayam
Tadi, Min baru cakap nasi lemak rendang daging. Tapi, yang ini pula nasi lemak rendang ayam. Sungguh menyelerakan bila nampak makanan kegemaran Min. Siapa yang sudah biasa makan nasi lemak dengan ayam goreng, boleh cuba nasi lemak rendang ayam ini. Pasti tapau bawa balik rumah!
Jika anda bukanlah penggemar nasi lemak, jangan risau! Restoran ini ada menghidangkan pelbagai makanan seperti Mi Rebus Johor, Bihun Sup Utara, Mi Kari Nyonya, lontong, pulut kuning, kuih-muih, dan banyak lagi.
Restoran ini juga menyediakan perkhidmatan secara dalam talian. Tapi, anda perlulah pre-order terlebih dahulu makanan yang diinginkan. Anda boleh layari laman web Nasi Lemak Saleha di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Hubungi Saleha Abdullah:
No. Telefon: +60 17-747 0100
Cawangan Sri Rampai, Kuala Lumpur: No. 2, Jalan Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Telefon: +60 17-747 0100
Cawangan Ampang, Selangor: No. 3, Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima, 68000, Ampang, Malaysia.
Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian kali ini. Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda mencari makanan di restoran lokal berdekatan dengan anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!