Nasi Bukit Padang Jawa Selangor

December 16, 2021 by No Comments

Anda semua pernah dengar tak tentang restoran Nasi Bukit Padang Jawa di Shah Alam, Selangor? Cik Min rasa restoran ini sangat terkenal dalam kalangan penggemar nasi goreng kuantiti jumbo! Cik Min lihat juga di media sosial Twitter, ada yang memberi review positif terhadap makanan di restoran ini.

Jadi, Cik Min pun rasa terujalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang makanan di restoran Nasi Bukit Padang Jawa ini. Mari ikut perkongsian di bawah.

Nasi Bukit Padang Jawa Selangor

Nasi Bukit Padang Jawa Selangor

Cik Min dah tahu kenapa nama restoran ini nasi bukit, tengok sahaja makanan yang dihidangkan untuk pelanggan memang banyaklah membukit gitu! Bagi anda yang ingin datang ke restoran ini, anda perlu memastikan perut anda benar-benar lapar. Hal ini kerana, satu hidangan tersebut banyak sehingga boleh dimakan 3 atau 4 orang tau!

Makanan yang dijual di restoran ini sangat murah, dan ia merupakan salah satu sebab mengapa tempat ini menjadi tumpuan pelajar UiTM Shah Alam untuk makan. Nasi yang banyak sehingga boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Jimat bukan? Jadi sesiapa yang ingin makan banyak tetapi mahu jimat datanglah ke restoran ini.

Nasi Bukit Padang Jawa Selangor

Di restoran ini juga ada menyediakan menu lain seperti nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi set kambing. Bagi penggemar nasi ayam atau nasi ayam penyet bolehlah berkunjung ke restoran Nasi Bukit Padang Jawa ini.

Selain itu, restoran ini juga ada menjual char kuetiau, memang sedaplah kalau makan panas-panas. Tengok saja gambar di bawah ini, memang menyelerakan!

Nasi Bukit Padang Jawa Selangor

Senarai Menu

Cik Min kongsikan senarai menu yang anda boleh pilih sekiranya makan di restoran Nasi Bukit Padang Jawa ini di bawah.

Kepada anda yang berminat untuk datang ke restoran ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

  • Alamat: Lot 641, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu Operasi: 12:30 p.m. – 8:00 p.m.
  • Facebook: Nasi Bukit

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang restoran Nasi Bukit Padang Jawa Selangor kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Bawalah keluarga anda keluar makan-makan di restoran ini hujung minggu ini ya? Hehehe.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *