Nasi Arab Sedap KL Selangor Yang Menjadi Pilihan

December 16, 2021 by No Comments

KL dan Selangor bukan sahaja padat dengan tarikan menarik namun turut dipenuhi dengan restoran yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sampai keliru Cik Min nak buat pilihan. Bagi penggemar nasi arab dan sedang mencari nasi arab sedap KL Selangor, maka anda semua kini berada di tempat yang betul!

Nasi arab merupakan makanan pilihan orang ramai termasukla Cik Min sekiranya sudah bosan makan lauk Asia Tenggara. Sesekali tukar selera orang cakap. Haha. Buat penggemar nasi arab, di sini ada 5 restoran nasi arab yang sedap di sekitar KL Selangor menjadi pilihan Cik Min.

#1 Restoran Nasi Arab Saba, Setiawangsa dan Cyberjaya – Nasi Arab Sedap KL Selangor

Nasi Arab Sedap KL Selangor
Sumber: Facebook

Nasi Arab di Restoran Saba ini antara tempat favorite Cik Min. Bukan itu sahaja, ia menduduki tempat pertama untuk juadah nasi arab di sekitar KL.

Lokasinya juga strategik dengan akses yang mudah di mana ia terletak di Dataran Setiawangsa berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa. Selain mempunyai cawangan di Setiawangsa, restoran ini turut berada di Cyberjaya. Penduduk sekitar Cyberjaya jangan lupa mencubanya juga ya.

Lokasi Cawangan: Setiawangsa

Alamat: 1-01, Dataran Jelatek, Jalan Jelatek, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
No. telefon: 03-4251 2592
Masa beroperasi: Setiap hari kecuali Ahad 10:00 a.m. hingga 9:30 p.m.

Lokasi Cawangan: Cyberjaya

Alamat: Ground Floor, 4800 Suite 0-2, A1, Jln Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
No. telefon: 018-378 6915
Masa beroperasi: Setiap hari kecuali Ahad 10:00 a.m. hingga 10:00 p.m.

#2 Restoran Al Rawsha

Nasi Arab Sedap KL Selangor
Sumber: My All

Selain daripada nasi arab mereka yang sedap, anda juga boleh mencuba Hummus Mthawam, Chicken Mandy di Al Rawsha, Lamb Kebab dan juga minuman Arab Mint Tea. Buat anda yang sudah terbiasa makan di rumah musim pandemik ini, jangan risau kerana Restoran Al Rawsha ini turut membuat penghantaran sekitar KL.

Reka bentuk tempat ini juga sangat menarik dan unik kerana berbentuk seperti castle. Bolehlah feeling duduk di istana gitu. Sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Alamat: 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
No. telefon: 03-9200 6600
Masa beroperasi: Setiap hari 10:00 a.m. hingga 11:30 p.m.

#3 Restoran Aroma Hijrah – Nasi Arab Sedap KL Selangor Pilihan Cik Min

Nasi Arab Sedap KL Selangor
Sumber: Facebook

Nasi arab Aroma Hijrah juga antara nasi arab yang yang menjadi pilihan Cik Min di Shah Alam. Buat mereka yang mencari nasi arab sedap di sekitar KL atau Selangor sangat digalakkan untuk mencuba di sini. Set kombo keluarganya cukup berbaloi untuk dimakan bersama-sama dengan keluarga.

Boleh dikatakan Cik Min merupakan pelanggan tetap yang datang semula. Mana taknya, ini restoran nasi Arab paling popular dan sedap di Shah Alam.

Alamat: Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
No. telefon: 012-654 4838
Masa beroperasi: Setiap hari 11:00 a.m. hingga 9:30 p.m.

#4 Restoran Wadi Hadramawt

Restoran Wadi Hadramawt
Sumber: Wanista

Bagi Cik Min lokasi kedai ini kurang strategik disebabkan terletaknya di Jalan Ampang yang kebiasaannya sibuk. Walaupun harganya sedikit mahal tapi tak mengapa kerana nasi arab di sini sangat menarik dan sedap. Berbaloi jugalah harganya dengan keadaan dan suasana restoran yang selesa.

Alamat: Jalan Petronas Station, Between Oakwood Hotel and, 226, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur
No. telefon: 03-4253 3333
Masa beroperasi: Setiap hari 11:00 a.m. hingga 12:00 a.m.

#5 D’Arab Cafe

D'Arab Cafe
Sumber: Facebook

Nasi arab ini banyak cawangannya. Tetapi yang popular adalah di Shah Alam. Terdapat pelbagai menu nasi arab yang boleh anda pilih di sini. Bagi Cik Min, nasi arab di sini antara nasi arab sedap dan murah. Sangat recommended!

Ada juga yang berpendapat nasi arabnya hampir sama dengan nasi arab di Mekah. Pehhh, memang sedaplah kiranya kan?

Alamat: 12, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No. telefon: 019-337 5959
Masa beroperasi: Setiap hari 11:00 a.m. hingga 8:00 p.m.

Buat anda yang sedang mencari nasi arab sedap di KL dan Selangor bolehlah cuba 5 restoran nasi arab yang menjadi pilihan hati Cik Min ni. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke restoran-restoran ini ya. Selamat mencuba!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *