Mee Udang Parit 30 – Tempat Makan Best di Kuala Kurau

December 15, 2021 by 1 Comment

Mee Udang Parit 30 di Kuala Kurau pernah viral di laman sosial. Mana taknya… Majalah 3 ada cover cerita pasal Mee Udang ni. 

Akibat daripada itu, ramai pelanggan luar dari Kuala Kurau dan warga Kerian datang berpusu-pusu untuk cuba Mee Udang viral ni. Disebabkan Kuala Kurau ni hometown Cik Min, maka Cik Min nak ambil kesempatan untuk rasa sendiri Mee Udang ni. Jom ikuti review Cik Min!

Sedap Sangat Ke Mee Udang Parit 30 yang Viral Tu?

Cik Min sendiri telah pergi ke Gerai Mee Udang ini, yang terletak lebih kurang 4.0 km dari Pekan Kuala Kurau dan hanya memerlukan masa tidak sampai 30 minit untuk sampai ke destinasi. 

Gerai ini dibuka seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam setiap hari kecuali hari Isnin. Cik Min berkesempatan ke sini pada sebelah petang di mana ramai pelanggan sudah pun memenuhi ruang makan. Bila dah ramai pelanggan, pesanan mengambil sedikit masa untuk disediakan. 

Menu Selain Mee Udang yang Menjadi Tarikan – Mee Udang Viral Parit 30

Selain daripada Mee Udang, gerai ini juga ada Mee Ketam, Mee Siput Kemudi dan juga Mee Kuah Sotong. Rata-rata pelanggan mengatakan kuah mi itu sendiri memang power!

Disebabkan udang, ketam dan siput adalah hasil tangkapan sendiri daripada nelayan berdekatan, Cik Min boleh katakan bahawa makanan laut yang dihidangkan memang fresh dan rasanya manis.

Saiz udang dan ketam memang besar, tak muat mangkuk Cik Min dibuatnya. Diingatkan sekiranya anda memesan Mee Ketam, pesanan anda mungkin akan ambil masa sedikit berbanding Mee Udang.

Mee Udang Parit 30
Sumber: Open Rice
Mee Udang Parit 30
Mee Udang
Mee Udang Parit 30
Mee Ketam

Semestinya Nak Try Lagi!

Tiada perkataan daripada Cik Min untuk menggambarkan rasa sedapnya makanan di sini! Mungkin akan ada peluang di lain masa untuk merasai Mee Ketam di Gerai Parit 30 ini.

Jika anda pernah ke sini, boleh kongsikan komen dan pendapat di ruangan komen di bawah. Buat anda yang belum pernah rasa, bolehlah memburu gerai ini dengan segera! 

Gunakan aplikasi Waze atau Google Maps pun boleh jumpa gerai ni, insya-Allah.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Makanlokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

One Reply to “Mee Udang Parit 30 – Tempat Makan Best di Kuala Kurau”

  1. cp says:

    ahhhhh terima kasih cik minn. tengok pun dah tahu mesti sedapppp🤤🤤🤤🤤

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *