Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
Warga Kuala Lumpur dan Selangor pasti kenal dengan Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, kan? Ayam goreng yang dimasak kunyit itu sememangnya menjadi makanan kegemaran pelanggan yang mengunjungi restoran dan food trucknya. Malah ada juga yang cuba untuk membuat ayam goreng kunyit seperti restoran dan food truck ini.
Nak tahu di mana lokasi restorannya dan menu apa yang terdapat di restoran ini? Mari teruskan membaca perkongsian ini. Segala maklumat ini Min dapatkan daripada laman Instagram Mat Rock dan beberapa laman web lain.
Menu Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
Terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dipesan jika anda berkunjung ke restoran dan food truck ini. Kesemua menunya dimasak berasaskan kunyit sepertimana nama perniagaannya.
Ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit, dan udang goreng kunyit. Menu ini antara menu utama yang paling popular. Restoran dan food truck ini juga ada menyediakan set hidangan untuk keluarga, iaitu Set Family Mat Rock.
Selain itu, di sini juga ada menawarkan hidangan Set Supreme, iaitu boleh memilih Set 2, Set 3 atau Set 4. Misalnya, Set 2 boleh pilih dua lauk sama ada ayam/daging/udang/sotong. Begitu juga dengan Set 3 dan Set 4. Boleh lihat gambar di bawah.
Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan Set Super Hot di mana anda boleh memilih Set A, Set B, Set C, dan Set D. Set ini lengkap dihidang bersama nasi, lauk, dan air.
Sekiranya anda ingin dapatkan menu lebih lanjut, anda boleh baca di sini. Anda juga boleh membuat pesanan makanan secara dalam talian melalui Shopee Food. Mudah sahaja kan?
Restoran Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
Sebagaimana yang orang ramai tahu, restoran ini mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Namun, tahukah anda bahawa restoran ini juga mempunyai dua cawangan di Pahang, satu di Terengganu dan satu lagi di Ipoh. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ini mempunyai 11 cawangan restoran di seluruh Semenanjung Malaysia. Nak tahu di mana lokasi restorannya? Mari baca maklumat di bawah ini.
Cawangan Kampung Pandan:
Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cawangan Cheras Permaisuri:
7, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cawangan Kota Damansara:
Kota Damansara, 9-1, Jalan PJU 5/12, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Cawangan Shah Alam:
PJ7/P, 15, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Cawangan Kemaman, Terengganu:
Jalan Chukai Utama, Kampung Pengkalan Pandan, 24000 Chukai, Terengganu.
Cawangan Gambang, Pahang:
Pusat Komersial, A11, Jln Bandar Gambang 1, Bandar Gambang 1, 26300 Gambang, Pahang.
Cawangan Ipoh:
Restoran Mat Rock Taman Cempaka, 54, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.
Restoran ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran ini, anda boleh baca di sini.
Food truck Mat Rock
Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ini bukan sahaja mempunyai restoran, bahkan ia juga mempunyai food truck. Setiap lokasi food truck itu dibuka pada waktu yang berbeza. Ada yang dibuka pada 11 pagi hingga 12 tengah hari dan ada juga yang dibuka pada 4 petang hingga 12 malam. Anda boleh baca di sini untuk mengetahui senarai food truck Mat Rock.
Mat Rock Menyediakan Pakej
Tahukah anda bahawa Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ini menyediakan pakej untuk tempahan majlis atau apa-apa event seperti kenduri kahwin, rumah terbuka, cukur jambul, dan sebagainya? Sekiranya anda ingin mengadakan kenduri, anda boleh membuat tempahan melalui pautan ini.
Anda sudah pun tahu lokasi restoran dan food truck Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ini, kan? Jadi, marilah berkunjung ke restoran dan food truck ini bagi merasa keenakan ayam goreng kunyitnya yang popular. Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!