Makanan Unik di Malaysia yang Anda Kena Cuba

May 27, 2022 by No Comments

Hi semua! Hari ni Cik Min nak berkongsi sikit tentang makanan unik yang ada dekat Malaysia ni. Mungkin ada yang pernah cuba dan ada juga yang takut nak cuba. Haaa…nak tahu tak apa makanan tu. Jom baca perkongsian Cik Min kali ni dengan lebih lanjut.

1. Belalang Kunyit

makanan unik

Siapa dekat sini pernah makan belalang kunyit? Haa kalau nak tahu, belalang goreng kunyit ni sangat popular di Kelantan tau.

Cara masakan dia sangat mudah.

1. Bersihkan belalang dengan membuang perut belalang.

2. Campurkan garam dan kunyit.

3. Goreng belalang sehingga ranggup.

4. Sedia untuk dihidang.

Kalau nak cuba resepi lain pun boleh tau. Cuba korang tengok resepi yang dikongsi oleh Resepi Masakan Eksotik di facebook. Tapi Cik Min lebih suka kalau dibuat goreng. Bahagian kaki antara bahagian yang paling sedap kerana kerangupannya dan rasa seakan-akan sepit udang galah. Belalang kunyit ini kaya dengan zat protein dan rasanya pun enak. Bagi yang tak biasa makan, mungkin akan geli sikit pada mulanya, tapi bila dah makan, pasti nak lagi, hihihi..

Sebenarnya belalang ni susah juga nak tangkap dan biasanya akan ada pada musim panas sahaja. Pada musim tengkujuh, makanan unik ini agak sukar diperolehi. Jadi bagi korang yang teringin nak mencuba, tak perlu susah-susah untuk mencari belalang ini. Korang boleh order terus dekat Shopee dan Lazada. Cik Min tengok ada 3 jenis perisa yang banyak dipasarkan iaitu belalang goreng kunyit, belalang kerutuk dan belalang keju. Ha bolehla pilih perisa apa yang korang nak cuba ya!

2. Ulat Sagu | Makanan Unik

makanan unik

Ulat sagu juga merupakan makanan unik yang viral kerana ramai Youtubers, Tiktokers, Instafamous yang buat review makan ulat sagu ni tau!. Lepas ni semakin ramai lagilah yang nak cuba rasa betul tak?

Ulat sagu ini banyak didapati di Sarawak. Ianya diperolehi di dalam batang pokok sagu yang reput dan telah dipotong.

Cara masakannya bergantung pada cita rasa masing-masing, sama ada hendak digoreng, panggang, rebus ataupun dimakan secara mentah. Korang boleh tekan link ini untuk melihat resepi dan cara masak makanan unik ini. Sebenarnya, ianya kaya dengan zat protein dan rasanya agak berlemak. Korang kena cuba rasa sendiri!

Ha macam mana, korang berani ke nak try makanan ni?! Apa-apa pun selamat mencuba kepada yang teringin nak rasa tu, heheheh…


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *