Makanan Tradisional Sabah Ambuyat
Anda merupakan salah seorang penggemar makanan tradisional Sabah ambuyat? Cik Min sebenarnya kurang familiar dengan makanan ini. Tapi, Cik Min rasalah makanan ini tentu sedap, bukan? Makanan daripada negeri Sabah ini sangat popular kerana ia merupakan makanan yang unik.
Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua mengenai makanan tradisional ambuyat. Mari ikuti perkongsian di bawah.
Kenali Apa Itu Ambuyat?
Kepada anda yang ingin tahu apa itu ambuyat, mari sini Cik Min nak beritahu. Di Sabah dan Sarawak, hidangan ini lebih dikenali sebagai linut. Namun, kita selalu dengar hidangan ini dipanggil ambuyat. Hidangan ini cukup terkenal di negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak, bahkan terkenal juga di negara Brunei.
Selain itu, ambuyat juga merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang sama seperti kanji ubi. Cara untuk makan ambuyat ini adalah dengan menggunakan garpu buluh yang dipanggil candas. Anda hanya perlu menggolekkan kanji sekitar mata garpu dan kemudian celupkannya ke dalam pelbagai jenis sos yang sedap-sedap, mengikut cita rasa anda!
Cik Min dapat tahu yang rasanya sangat unik dan keenakannya terjamin. Memang menyelerakan!
Restoran yang Menyajikan Makanan Tradisional Sabah Ambuyat
Bagi anda yang nak tahu, di semenanjung ini ada sahaja restoran yang menyajikan makanan ambuyat ini. Jadi, mudahlah bagi anda untuk makan dan merasai sendiri keenakan makanan ini!
Restoran Dapopuro
Untuk anda yang ingin mencuba hidangan ini, anda boleh berkunjung ke restoran Dapopuro. Restoran ini ada menjual hidangan ambuyat yang sedap. Tapi, sebelum makan ambuyat jangan kunyah dulu sagu itu, anda cuma perlu gulungkannya, celupkan di dalam hidangan yang disediakan dan makan. Restoran ini juga turut menyediakan Mee Kolok Special dan Laksa Sarawak!
Alamat: No. 41 Jalan BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor.
Masa Operasi: Selasa – Jumaat, 12:00 p.m. – 9:00 p.m., Sabtu – Ahad 10:00 a.m. – 9:00 p.m.
Sekian sahaja, perkongsian Cik Min tentang makanan tradisional Sabah Ambuyat ini. Diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada anda untuk memilih makanan yang enak dan unik!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Nak makan apa? Makan lokal-lah!