Makanan Menarik di Bazar Ramadan

April 8, 2022 by No Comments

Apabila tibanya bulan Ramadan, pasti ramai yang teruja untuk ke bazar, Cik Min yakin anda pasti rambang mata semasa di bazar Ramadan kan? Almaklumlah, perut sedang lapar… Jadi, Cik Min ingin kongsikan antara makanan menarik di bazar Ramadan yang patut anda cuba.

1. Ayam Percik | Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Bau ayam percik sememangnya menguji nafsu pada bulan Ramadan. Tak hairanlah, ayam percik merupakan antara makanan yang paling laris di bazar Ramadan. Kalau dah sampai rumah pun, belum tentu bau semerbak ayam percik ini hilang! Memang menduga nak tunggu sehingga azan Maghrib.

2. Tepung Pelita

Apabila sebut tentang tepung pelita, pasti ramai yang teringat video ‘tepung pelither’ yang pernah viral di sosial media. Hihi… Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan antara pencuci mulut yang paling dicari-cari di bazar Ramadan. Lipatan daun pandan atau daun pisang sebagai acuan menaikkan lagi aroma kuih ini!

3. Roti John

Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Walaupun roti john boleh dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang lebih suka beli di bazar Ramadan. Memang kena beratur panjang kalau nak beli roti john ini. Ditambah pula kalau ada inti daging banyak, sos melimpah, dan keju lebih! Pasti ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan roti john istimewa begitu.

4. Martabak | Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Martabak juga merupakan antara makanan paling popular di bazar Ramadan. Lazimnya, martabak yang berwarna gelap-gelap golden brown lebih sedap rasanya. Kadang-kadang, tengok peniaga yang membuat martabak itu pun dah boleh mengecurkan air liur. Haha...

5. Ayam/Kambing Golek

Makanan Menarik di Bazar Ramadan

Dari jauh pun boleh nampak protein yang digolek ini, sebab ia sememangnya mampu membuat ramai orang terliur. Siapa saja tak terliur tengok kambing dan ayam gemuk-gemuk digolek di khalayak ramai kan? Jadi, tak hairanlah jika ayam dan kambing golek merupakan antara makanan paling diminati di bazar Ramadan.

6. Air Tebu

Menariknya tentang air tebu ialah, jusnya diperah menggunakan mesin sewaktu beroperasi di bazar! Live action bak kata orang… Anda boleh lihat cara mereka memasukkan batang tebu ke dalam mesin tersebut untuk mendapatkan jus tebu itu.

Haaa menarik sungguh makanan-makanan di bazar Ramadan ni, bukan? Jadi, apa agaknya makanan kegemaran anda di bazar Ramadan tu? Jom kongsikan di ruangan komen. Apa-apa pun, jangan terlalu ikut nafsu ya semasa membeli di bazar Ramadan nanti.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadan!

Sumber: Illuminasi

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *