Makanan Diet Keto Friendly Khas Untuk Anda

June 13, 2022 by No Comments

“Makanan diet Keto friendly? Macam mana tu? Friendly dari segi apa? Jenis makanan? Atau semua makanan diet Keto boleh dimakan oleh orang ramai? Aduhai, banyaknya persoalan… Banyak benda lagi nak kena tahu ni.”

Haaa, anda mesti tertanya-tanya tentang diet Keto ni macam mana kan? Tapi, tak tahu nak tanya pada siapa? Tenang dulu, sebab jawapannya ada pada Cik Min! Untuk pengetahuan anda, perkongsian Cik Min kali ini lebih menarik tau! Kali ni Cik Min nak share tentang ‘Makanan diet Keto friendly‘.

Jadi, kalau anda nak tahu apa yang Cik Min nak kongsikan kali ini, pastikan anda baca sampai habis ya!

Apa Itu Makanan Diet Keto Friendly?

Makanan Diet Keto Friendly
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Untuk pengetahuan anda, diet Keto atau Ketogenik ni merupakan satu diet rendah karbohidrat (low-carb). Diet Keto ini semakin dikenali dalam kalangan pengamal diet di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Hal ini kerana, diet Keto ini sememangnya mampu menurunkan berat badan dan juga mengawal kadar gula dalam darah.

Bukan itu sahaja… Diet yang rendah karbohidrat dan tinggi lemak juga mampu merawat penyakit kanser tertentu, penyakit Alzheimer dan beberapa keadaan kesihatan yang lain.

Jadi, terdapat potensi yang besar bahawa diet Keto akan membantu menangani beberapa masalah kesihatan. Ia turut membuktikan bahawa diet tersebut adalah friendly, iaitu sesuai diamalkan untuk pelbagai tujuan, dan bukan semata untuk menurunkan berat badan.

Jenis Makanan | Makanan Diet Keto Friendly

Makanan Diet Keto Friendly
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

“Jadi Cik Min, jenis makanan untuk diet Keto friendly ni macam mana ya?”

Okay, macam ni… Sebenarnya, bukan semua jenis makanan sesuai diambil sebagai pemakanan bagi pengamal diet Keto tau! Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis makanan yang lebih baik untuk diambil oleh mereka dalam pengamalan makanan atau minuman seharian ketika sedang berdiet. Cik Min list kan di bawah ni ya.

Jenis Makanan

1) Protein Haiwan

– makanan laut
– daging dan ayam
– telur

2) Tenusu dan Alternatif Tenusu

– keju
yogurt greek kosong dan keju kotej
– susu berasaskan tumbuhan tanpa gula
– krim dan separuh setengah

3) Sayur-sayuran

– Sayuran berdaun hijau
– lada
– labu musim panas
– sayuran tinggi lemak
– sayur-sayuran lain yang tidak berkanji

4) Makanan berasaskan tumbuhan lain

– kacang dan biji
– beri (berries)
– mi shirataki
– coklat gelap (dark chocolate) dan serbuk koko

5) Lemak dan Minyak

– minyak zaitun
– mentega dan minyak sapi

Jenis Minuman

– kopi dan teh tanpa gula
– air berkarbonat (sparkling water) tanpa gula

Brand Yang Menyediakan Makanan Diet Keto di Malaysia?

Makanan Diet Keto Friendly
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Dah buat research tentang makanan diet keto friendly, tapi tak jumpa yang kena dengan selera anda? Jangan risau, sebab Cik Min nak reveal satu brand yang memang menyediakan makanan diet Keto friendly buat anda semua.

Brand tersebut ialah, EATSLIM LIFESTYLE! Satu-satunya brand yang menyediakan makanan diet Keto mengikut citarasa Malaysia. Pelbagai jenis makanan lazat ada disediakan tau! Bahkan, brand ini juga merupakan one stop center untuk anda merujuk segala info diet Keto dengan lebih tepat.

Jadi lepas ni, anda dah tak perlu pening kepala lagi nak cari menu atau info lanjut lanjut tentang Ketodiet tau! Anda hanya perlu ke website EATSLIM LIFESTYLE sahaja. Pasti anda akan rasa senang hati! Terdapat banyak info menarik dan ilmu yang boleh anda pelajari di situ. Selain itu, sekiranya anda inginkan option yang lebih meluas, anda juga boleh klik Linktr.ee ini.

Resipi Makanan Diet EATSLIM LIFESTYLE

“Cik Min, cuba share sikit resipi daripada mereka ni…”

Boleh, apa pula tak bolehnya… Mari sini Cik Min share salah satu resipi daripada EATSLIM LIFESTYLE. Cik Min pasti, anda mesti akan suka! Resipi ini dipanggil sebagai, Ummi Sambal Petai Ikan Masin.

Bahan-bahan:

πŸ“Œ 20 biji cili padi dicincang nipis
πŸ“Œ 4 biji bawang merah dihiris
πŸ“Œ 4 biji bawang putih dihiris
πŸ“Œ 3 helai daun kunyit diracik halus
πŸ“Œ 3 batang serai dihiris nipis
πŸ“Œ 1 cawan petai
πŸ“Œ 1 paket ikan masin dipotong dadu (kecil sahaja)
πŸ“Œ 1 sudu teh mushroom seasoning
πŸ“Œ 5 titis Stevia drop EatSlim
πŸ“Œ 2 sudu teh garam (boleh kurangkan)
πŸ“Œ Minyak kelapa/minyak sawit untuk memasak
πŸ“Œ 1 keping asam keping
πŸ“Œ 1/2 cawan air

Untuk cara-cara memasak, anda boleh lihat video tutorial yang Cik Min sediakan ni ya:

Haaa, macam mana? Mengikut selera anda tak? Sebenarnya, EATSLIM LIFESTYLE ada banyak lagi makanan diet Keto yang anda pasti akan suka! Jadi, anda tak perlulah risau sangat bab makanan ketika mengamalkan diet Keto ni. Hal ini kerana, terdapat pelbagai makanan friendly yang boleh dimakan jika anda ikuti EATSLIM LIFESTYLE.

Apa yang Cik Min pasti, anda memang TAK AKAN RUGI!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Makanan Diet Keto Friendly“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portalΒ Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *