Lembu Perap Pak Mat Western Viral

January 26, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu tentang Lembu Perap Pak Mat Western yang viral di media sosial TikTok! Bukan sahaja di TikTok malah ada juga youtuber terkenal yang membuat review di YouTube. Jadi, memang tak salah lagi Lembu Perap Pak Mat Western ini sangat popular dan sedap!

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang Lembu Perap Pak Mat Western viral ini.

Lembu Perap Pak Mat Western Viral

Review oleh Youtuber

Ramai yang sudah membuat review merasai sendiri Lembu Perap Pak Mat Western ini. Tapi, kali ini Cik Min akan berkongsi review oleh Pian daripada Channel Padu Beb Studios! Melihat saja video tersebut, Cik Min terus kecur air liur. Visual Lembu Perap Pak Mat Western ini sangat memukau dan menyelerakan!

Untuk pengetahuan anda, satu paket lembu perap ini hanya dijual dengan harga RM35 (500 gram). Memang murah dan berpatutanlah! Selain itu, dengan setiap pembelian lembu perap ini, anda akan mendapat sos lada hitam secara percuma!

Menerusi video di YouTube, Pian turut memberi tips untuk memasak lembu perap ini. Menurutnya, daging lembu perap ini telah dipotong secara nipis, jadi, ia tidak perlu dimasak terlalu lama. Tempoh memasak hanya 12 minit dengan api yang sederhana. Sekiranya ia dimasak terlalu lama, daging akan menjadi liat.

Sos Lada Hitam

Selain itu, sos lada hitam yang disediakan oleh Pak Mat Western ini juga sangat sedap dan pekat! Sangat sesuai sebagai pencicah dan dimakan bersama lembu perap atau kambing perap. Cik Min tengok, sos lada hitam tersebut sangat pekat dan menyelerakan!

Produk Lain Pak Mat Western – Lembu Perap Pak Mat Western Viral

Cik Min dapat tahu, sebelum ini Pak Mat Western juga ada mengeluarkan produk sejuk beku yang lain seperti kambing perap, ayam perap dan yang terbaharu adalah lembu perap!

Tidak dinafikan setiap produk Pak Mat Western ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli di luar sana. Mana tidaknya, produk-produk Pak Mat Western memang sedap dan juicy.

Lembu Perap Pak Mat Western Viral

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ejen atau mendapatkan produk Pak Mat Western ini, anda boleh menghubungi talian 017-444 0623.

Sampai di sini sahajalah, perkongsian Cik Min tentang Lembu Perap Pak Mat Western pada kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Order sekarang tau!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *