Kuih Badak Kubang Pahang

March 9, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu mengenai satu resipi makanan tradisional yang sangat popular di negeri Pahang iaitu Kuih Badak Kubang Pahang. Kuih ini mempunyai rasa yang sedap dan berlemak. Ia amat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang Kuih Badak Kubang ini. Resipi ini Cik Min dapatkan daripada cookpad dan Lensa Pekan.

Sumber: cookpad

Resipi Kuih Badak Kubang Pahang

Kuih Badak Kubang ini juga seakan serupa seperti Kuih Badak Berendam. Secara tradisionalnya kuih ini berwarna hitam kerana menggunakan tepung pulut hitam dan berinti kelapa manis atau gula nisan.

Kuih Badak Kubang ini sangat terkenal di daerah Chenor, Pahang. Kebiasaannya jika ada majlis kenduri-kendara, kuih ini mesti dihidangkan bersama kuih 3 beradik iaitu, Kuih Pena, Dodol Kukus dan Badak Kubang.

Cik Min perasan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini pun tak susah dan mudah didapati. Anda boleh sahaja buat sendiri dan paling penting ia memang sedap! Jadi, mari lihat resipi penuh kuih ini di bawah.

Bahan-bahan Doh

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • Gula melaka | potong dadu kecil
  • Sedikit air
  • Daun pisang secukupnya

Bahan-bahan Kuah Santan

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam

Cara Menyediakan Kuih Badak Kubang Pahang

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut dengan sedikit air.
2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula melaka di tengahnya.
4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang dan telah disapu minyak masak.
5. Kukus lebih kurang 10 minit.
6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.
7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

Mudah bukan resipi Kuih Badak Kubang ini? Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat kuih ini sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *