Khairul Aming Inspirasi Usahawan Makanan

January 25, 2023 by No Comments

Nama Khairul Aming ini sudah tidak asing lagi di Malaysia, kerana beliau merupakan inspirasi buat para usahawan makanan! Bermula dengan video masakan dan penyediaan resipi tatkala bulan Ramadan, kini beliau sangat dikenali dengan produknya yang turut menjadi sebutan masyarakat kini.

Khairul Aming | Inspirasi Usahawan Makanan

Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, berusia 31 tahun dan anak kelahiran Kelantan ini telah memberikan inspirasi kepada ramai usahawan lain.

Kegigihan beliau dalam usaha mengeluarkan produknya melalui resipi tersendiri yang dikenali sebagai Sambal Nyet Berapi itu juga telah membuka mata banyak pihak!

Untuk tahun pertama pengeluaran Sambal Nyet Berapi pada awal Januari 2021 lalu, sebanyak 10,000 botol telah sold out dalam masa 54 minit sahaja! Hal ini sangat mengagumkan kerana telah menerima sokongan daripada para pengikutnya di media sosial.

Sentiasa Menghargai Staf Sambal Nyet Berapi

Kilang Sambal Nyet Berapi yang terletak di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan, itu bertujuan untuk membantu ekonomi penduduk di sana. Hal ini telah membuatkan rata-rata warga Malaysia berasa bangga, kerana walaupun beliau sudah terkenal, tetapi tidak pernah lupa tentang asal-usul kelahiran.

Dengan penghasilan produksi Sambal Nyet Berapi hampir setiap hari, beliau juga sentiasa menghargai jasa staf-stafnya yang terlibat di dalam kerja-kerja belakang tabir tersebut.

Di dalam posting Instagram miliknya, beliau telah memuat naik sebuah video Company Retreat Staff Sambal Nyet di Genting Highland, yang membuktikan beliau sangat menghargai setiap staf dengan memberikan mereka ganjaran secara berkala.

Permulaan Baru Buat Khairul Aming, Inspirasi Usahawan Makanan di Malaysia

Khairul Aming Inspirasi Usahawan Makanan
Sumber: Twitter Khairulaming

Khairul Aming yang bermula daripada bawah tetap mengaku telah banyak melakukan kesilapan sepanjang proses penghasilan Sambal Nyet Berapi.

“Saya telah tersilap beli mesin, tersalah beli bahan dan banyak lagi, tetapi daripada situ kita belajar benda baru.” katanya.

Tidak dinafikan, untuk memulakan perniagaan ini memang memerlukan fokus yang tinggi dan setiap kesilapan tersebut merupakan asas untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di masa hadapan.

Baru-baru ini, pasukan Sambal Nyet Berapi juga telah turun padang untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang tau! Memang terbaikkk.

Cik Min berharap, kisah inspirasi Khairul Aming ini dapat membuka mata ramai para usahawan di luar sana untuk sentiasa kuat melalui apa sahaja rintangan dalam berbisnes ya. Cik Min doakan anda semua sentiasa maju jaya!

Setakat ini sahaja perkongisan Cik Min pada kali ini tentang, “Khairul Aming Inspirasi Usahawan Makanan“. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *