Kenapa Makanan Diet Mahal?

June 12, 2022 by No Comments

Kenapa makanan diet mahal ya?! Hmm, tapi… Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, betul tak? Sama jugalah kalau nak sihat dan kuruskan badan sekali pun. Bak kata orang, kena sanggup berdiet sikitlah. Tak gitu?

Kebanyakan orang yang nak kurus juga mesti dah setkan method diet yang nak diikuti, sebagai salah satu panduan untuk kurus, selain daripada bersenam. Betul kan? Tapi, kalau nak beli makanan diet dan ikut seperti yang disarankan, harganya agak mahal pula. Sekali sekala bolehlah… Kalau selalu, mahu pokai dibuatnya!

Haaa, ini yang Cik Min nak kongsikan dengan anda semua kali ini! Topiknya ialah, “Kenapa Makanan Diet Mahal”. Jom baca!

Jenis-Jenis Diet

Diet ni bukan sekadar makan secara sedikit je tau… Ada banyak lagi yang perlu diketahui selain bab pengambilan makanan. Namun, apa yang pasti, diet ni ada pelbagai jenis! Antara diet yang popular adalah:

1. Diet Atkins – Diet yang memfokuskan pengambilan karbohidrat.

2. Intermittent Fasting – Diet dengan cara berpuasa secara berkala.

3. Diet Kalori – Diet dengan cara mengurangkan jumlah kalori dalam badan.

4. Diet Keto – Diet yang memfokuskan pengambilan sumber lemak dan hanya sedikit sumber protein dan karbohidrat.

5. Diet Suku-suku Separuh – Pengambilan makanan berdasarkan pecahan makanan secara suku karbohidrat, suku protein, dan separuh serat.

Kalau anda ingin mengetahui info lebih lanjut mengenai diet-diet ini beserta kelebihannya, boleh rujuk di sini ya!

Jadi, Apa Sebab Makanan Diet Yang Dijual Itu Harganya Mahal?

Kenapa Makanan Diet Mahal
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Bagi pengamal diet tertentu, mereka perlulah mengikut rutin yang telah ditetapkan bagi setiap jenis diet. Jadi, makanan yang mereka consume juga mungkin sedikit berbeza daripada orang lain. Tapi persoalannya ialah, mengapa makanan yang mereka perlu ambil untuk berdiet itu harganya mahal? Mari Cik Min terangkan secara ringkas.

Ada beberapa sebab atau alasan kenapa penjualan makanan diet itu, harganya mahal. Hal ini kerana, makanan diet menggunakan bahan-bahan seperti:

πŸ“ Bahan organik
πŸ“ Bahan yang kurang demand
πŸ“ Kurang pesaing supplier
πŸ“ Homemade

Makanan Diet Menggunakan Bahan Organik

Kenapa Makanan Diet Mahal
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Bagi pengamal diet, mereka perlu mengambil makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik. Makanan organik biasanya lebih mahal berbanding makanan biasa, dek kerana bahan dan kaedah penjagaan yang digunakan. Bila sebut tentang makanan organik, sudah tentu produk itu lebih sihat kerana:

βœ… Bebas daripada pesticides.
βœ… Menggunakan baja atau dedak organik.
βœ… Penjagaan yang rapi daripada bahan yang tidak sepatutnya seperti antibiotic, hormone dan bahan kimia yang lain.

Bahan-bahan seperti ini boleh menjejaskan pemakanan individu, kerana bahan-bahan yang terkandung di dalam makanan itu tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang sedang berdiet. Contoh tambahan adalah seperti berikut:

1) Ayam

Harga ayam organik lebih mahal daripada ayam daging yang biasa. Ayam organik tidak menggunakan hormon yang tidak sepatutnya, dan dedak yang digunakan juga adalah daripada bahan organik.

2) Sayur-sayuran dan buah-buahan

Menu yang wajib diambil oleh pengamal diet. Akan tetapi, harga sayur dan buah organik yang mahal menyebabkan mereka terpaksa menanggung kos yang agak tinggi untuk mengamalkan diet mereka.

3) Salad

Bagi pengamal diet yang hanya makan salad sahaja setiap hari, kebanyakan salad untuk orang diet ada dijual di pasaraya dalam bentuk ready to eat. Tetapi, harga satu salad tersebut rata-ratanya berharga antara RM9 hingga RM12 Ringgit.

Bahan Kurang Demand | Kenapa Makanan Diet Mahal

Jika anda nak tahu, makanan diet menjadi mahal kerana penggunaan bahan pembuatan makanan diet tersebut adalah kurang demand! Macam mana tu Cik Min?

Maksud Cik Min, jika anda ke pasaraya, anda boleh lihat bahan untuk membuat makanan diet sangat kurang dan boleh jadi sukar untuk didapati. Kalau ada pun, bahan tersebut mungkin harganya lebih mahal.

Jadi, tak peliklah kalau harga makanan diet yang dijual juga mahal, kan? Kalau bahannya aje dah kurang demand di pasaran, nak dapatkan pun boleh menjadi sukar.

Kurang Pesaing Supplier | Kenapa Makanan Diet Mahal

“Kurang pesaing supplier ni, macam mana pula Cik Min?”

Macam ni… Makanan diet yang dijual di pasaraya atau online sememangnya tidak banyak dan kurang. Kenapa? Kerana, pembuatan makanan diet ini memerlukan ketelitian dan juga kos yang tinggi. Jadi, supplier untuk bahan dan juga pembuat makanan diet juga berkurangan. Harga pun menjadi mahal kerana kurangnya pesaing.

Homemade | Kenapa Makanan Diet Mahal

Kenapa Makanan Diet Mahal
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Homemade? Bukan makanan yang homemade ni patutnya murah ke Cik Min?”

Ya, dulu Cik Min pun fikir begitu. Bukan anda saja, bahkan ramai orang pun berfikir macam tu. Asalkan homemade je, harga mesti kena murah, sebab tak perlu bayar keperluan lain. Betul tak? Tapi sebenarnya, makanan homemade ni lah yang paling sukar!

Kalau anda nak tahu kenapa makanan diet homemade mahal, ia disebabkan oleh pelbagai aspek yang diambil kira seperti:

βœ… Bill elektrik
βœ… Tenaga kerja
βœ… Packaging

Dan banyak aspek lain lagi… Nampak macam mudah aje nak sediakan makanan diet di rumah kan? Tapi sebenarnya, TIDAK. Banyak yang perlu diambil kira tau! Jadi, itulah antara beberapa sebab kenapa harga makanan diet mahal.

Cik Min, Macam Mana Saya Nak Tahu Tentang Makanan Diet Dengan Lebih Lanjut?

Cik Min tak nak simpan seorang rahsia ni… Kali ni, Cik Min nak kongsi terus dengan anda semua!

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu brand yang menyediakan makanan diet dengan harga lebih berpatutan! Brand tersebut ialah, EATSLIM LIFESTYLE!

Tak Percaya lagi?! Lahhh, Cik Min tak tipu tau… Makanan yang disediakan juga bukan sahaja sedap, malahan sihat dan harganya sangat berpatutan. Ia juga turut mengikut selera Malaysia, serta mengikut saranan dan rujukan pakar atau doktor. InshaAllah, dijamin berkualiti dan selamat!

Anda boleh layari website EATSLIM LIFESTYLE atau Linktr.ee untuk pertanyaan dan option lebih lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, β€œKenapa Makanan Diet Mahal”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *