Kek Tiramisu Sedap | Mana Satu Perlu Cuba?
Kadang-kadang tekak rasa nak makan something yang manis, tapi bukan kek biasa-biasa. Nak yang creamy, sejuk, rasa dia lekat kat hati. Tu yang buat kita terfikir nak cari Kek Tiramisu Sedap dan mana satu yang perlu dicuba! Jom layan pilihan yang confirm buat anda terliur dan juga menjadi viral di media sosial!

Pernah tak masa scroll TikTok atau Instagram, tiba-tiba keluar video orang potong kek tiramisu yang nampak gebu, berkrim dan lembut sangat tu? Lepas tu terus rasa nak order, tapi… bila tengok harga, mula la fikir dua tiga kali.
Berbaloi ke? Sedap ke? Atau setakat lawa je dalam video? Memang ramai yang tergoda dengan rupa tiramisu, tapi tak semua tiramisu bagi rasa yang puas hati sampai licin satu bekas.
Kalau anda peminat kek yang ada sentuhan kopi, krim keju dan tekstur yang sejuk lemak manis tambah pula dengan Vicenzovo lady finger tiramisu biscuit menjadikan kek tiramisu sedap ini memang masuk dalam wishlist pencuci mulut yang wajib cuba.
Tapi dengan pilihan yang makin banyak dari baker kecil-kecilan sampai ke kedai vira, kita mesti nak tahu mana satu yang betul-betul berbaloi. Jom baca sampai habis!
TOP 6 Kek Tiramisu Sedap & Berbaloi
1. Pokdam’s Cafe

Pokdam’s Cafe jadi sebutan ramai di TikTok kerana kek tiramisu mereka yang dikatakan sangat lembut dan rasa kopi yang tak terlalu kuat, cukup digemari bagi yang suka ‘balance taste’. Ramai pengguna puji kek ni sebab teksturnya ringan, tak muak, dan bila suap je terus cair dalam mulut. Video-video review penuh dengan reaksi puas hati lepas first bite!
Selain tu, kek ni juga selalu habis cepat bila restock, menunjukkan sambutan yang sangat tinggi. Penggemar tiramisu tegar cakap kek ni antara yang paling ‘heavenly’ sebab walaupun nampak simple, rasa dia lain dari yang lain. Sesuai sangat untuk orang yang tak suka kek berat tapi tetap nak rasa padu.
2. Coffee Bean & Tea Leaf | Kek Tiramisu Sedap

Coffee Bean memang dah lama dikenali dengan pelbagai kek dan minuman, tapi tiramisu mereka dapat perhatian semula lepas muncul dalam beberapa review di TikTok.
Rata-rata orang suka presentation kek yang kemas dan nampak ‘premium’, tapi dari segi rasa, ada yang kata tak cukup ‘kick’ terutama dari segi rasa kopi dan sometimes agak ‘watery’ teksturnya.
Namun, ia tetap jadi pilihan bagi peminat kek yang ringan dan tak terlalu manis. Untuk mereka yang suka dessert yang tak terlalu strong atau rasa kopi yang mild, tiramisu Coffee Bean mungkin sesuai. Sesuai juga dijadikan pilihan selamat kalau nak beli kek di mall.
3. Keyes Bakehouse | TWT Coffee

Keyes Bakehouse memang terkenal dalam kalangan pengikut TikTok, terutama bila kek tiramisu mereka dijual di outlet TWT Coffee dan selalu restock setiap pagi. Ramai sanggup datang awal semata-mata nak dapatkan sepotong tiramisu ni. Teksturnya smooth, seimbang antara rasa kopi dan krim dan tak terlalu manis.
Keistimewaannya terletak pada rasa homemade yang premium. Meskipun nampak simple, kek ni berjaya buat ramai pelanggan repeat order. Konsistensi rasa, packaging yang cantik dan review positif dari pengguna menjadikan tiramisu dari Keyes ni antara pilihan top untuk yang betul-betul nak rasa ‘worth it’.
Kalau tanya Cik Min mana satu pilihan hati, Kek Tiramisu Sedap dari Keyes Bakehouse yang paling sedap!
4. Gula Cakery | Kek Tiramisu Sedap
Gula Cakery makin mencuri perhatian dengan tiramisu mereka yang baru-baru ni jadi viral di TikTok. Antara komen yang biasa didengar ialah “lembut gila”, “rich gila” dan “kena cuba at least sekali.”
Mereka guna mascarpone cheese yang kaya dan rasa kopinya lebih pekat, jadi sangat ngam dengan selera lokal yang suka manis-manis berlemak.
Outlet mereka banyak dan mudah diakses, jadi tak hairan ramai yang mula jadikan Gula Cakery sebagai tempat wajib singgah. Tiramisu di sini sesuai untuk pencuci mulut lepas makan berat, walaupun rasanya pekat, teksturnya tetap lembut dan sejuk menyegarkan.
Nak rasa kek tiramisu sedap yang pelbagai jenis? Kek tiramisu dari Gula Cakery sangat recommended ya!
5. Monet Tiramisu | Kek Tiramisu Sedap

Monet dikenali sebagai tempat lepak bergaya juga dikenali dengan kek tiramisu yang hanya dijual pada hari tertentu, ini menjadikannya sangat eksklusif. Ramai pengguna TikTok yang kecewa sebab selalu “sold out” sahaja sebelum sempat membelinya.
Kek ni dikenali dengan tekstur yang sangat halus dan rasa yang ‘bold’ dalam erti kata lain, kopi dia memang terasa dan mascarpone dia memang pekat berlemak.
Disebabkan limited release dan harga yang premium, ia bukan kek yang semua orang beli setiap minggu. Tapi dari segi pengalaman makan dan vibe mewah yang ditawarkan, Monet Tiramisu memang patut masuk wishlist kalau anda nak ‘treat yourself’.
Bukan selalu makan manisan mahal-mahal ni! Cuba sekali seumur hidup je, pasti nak lagi!
6. Bake by Mel x Neelofa | | Kek Tiramisu Sedap

Bake by Mel muncul sebagai pilihan menarik yang menawarkan tiramisu berkualiti premium dengan harga yang lebih mesra bajet. Apa yang buat ia semakin trending ialah rutin mereka memperkenalkan perisa baru antaranya chocolate, pistachio, lotus dan classic tiramisu asli.
Ini menyebabkan ramai TikTokers tak sabar nak cuba satu persatu. Teksturnya yang padu, manis tak terlalu kuat dan sejuk terus rasa meleleh di mulut memikat hati pelanggan.
Lebih unik, mereka pernah buat kolaborasi dengan Neelofa iaitu selebriti terkenal Malaysia di mana mereka hasilkan “Neelofa Tiramisu Cake” dalam kotak edisi terhad dan dijual pada harga sekitar RM30.00 ke bawah.

Banyak video TikTok dan Instagram yang tunjuk pembungkusan comel, pembukaan kotak eksklusif dan reaksi pertama pelanggan dimana ramai cakap ia nampak premium dan rasa sedap wajar untuk harga yang ditawarkan.
Kolaborasi ini bukan hanya menaikkan nama Bake by Mel, tetapi juga bawa perhatian ramai kepada perisa inovatif yang masih kekal berpatutan.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Kek Tiramisu Sedap | Mana Satu Perlu Cuba kali ini. Follow Makan lokal sekarang untuk mengupas tajuk yang menarik lagi bersama Cik Min!