Kedai Tomyam Di Sekitar Bangi | Tomyam Paling Sedap

April 15, 2022 by No Comments

Ramai tak penggemar tomyam dekat sini? Restoran mana yang korang selalu pergi? Haaa, hari ni Cik Min nak review sikit kedai tomyam yang sedap di kawasan Bangi. Jom kita tengok…

Kedai Tomyam yang Wajib Dikunjungi

1. BBB Tomyam

Kedai Tomyam

BBB Tomyam merupakan antara kedai tomyam yang popular di area Bangi. Banyak pilihan tomyam yang ada di sini, antaranya tomyam ayam, udang, sotong, ketam, cendawan dan banyak lagi! Antara masakan tomyam yang paling popular di sini ialah, tomyam ayam dan tomyam campur. Korang boleh request sama ada ingin menikmati bihun tomyam, kuey teow tomyam, maggi tomyam ataupun nasi putih bersama tomyam.

Korang boleh tekan sini untuk dapatkan lokasi kedai ini. Restoran ini terletak di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

2. Awae Seafood

Kedai Tomyam

Kedai next yang korang kena try ialah, Awae Seafood. Seperti kedai tomyam lain, Awae Seafood juga turut menyediakan pelbagai menu masakan tomyam seperti tomyam ayam, tomyam campur, tomyam udang dan sebagainya. Tetapi, apa yang menarik di restoran ini ialah tomyam seafood dan tomyam isi ikannya! Mesti ramai yang tak pernah dengar tentang tomyam isi ikan, kan? So, korang kena pergi ke restoran ini dan cuba sendiri keunikan rasa tomyam ikan ni.

Korang boleh tekan sini untuk dapatkan lokasi kedai ini. Restoran ini terletak Kampung Sungai Merab, Bangi.

3. Alif Tomyam | Kedai Tomyam Bangi

Kedai Tomyam

Alif Tomyam pun merupakan salah satu restoran tomyam yang korang patut cuba tau! Korang boleh order pelbagai menu masakan tomyam di sini. Korang perlu pilih sama ada mahu udang, ayam, daging atau sotong untuk pilihan masakan tomyam. Kalau nak campurkan semua sekali pun boleh! Menu yang paling popular di sini semestinya tomyam campur la… Semua jenis lauk ada dalam satu hidangan. So, tak perlu susah-susah nak pilih yang mana satu gitu.

Selain itu, tomyam poktek pun ada tau! Tomyam poktek ni sebenarnya tomyam seafood yang dimasukkan isi ketam, isi ikan kembung, lala dan seafood yang lain. Rasanya pon memang lain dari yang lain! Bagi yang tak pernah cuba, bolehlah berkunjung ke restoran ni nanti.

Korang boleh tekan sini untuk dapatkan lokasi kedai ini. Restoran ini terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Apa tunggu lagi? Nanti, bolehlah ajak kawan-kawan atau family untuk sama-sama menikmati tomyam di restoran-restoran ini tau. Kalau korang malas nak keluar, order terus dekat Foodpanda atau Grabfood pun boleh…

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *