Jajan Zaman Kanak-Kanak Menggamit Kenangan

February 24, 2022 by No Comments

Pejam celik, pejam celik, usia kita semakin meningkat dan telah pun menginjak ke alam dewasa. Pasti ramai yang merindui zaman kanak-kanak dahulu, kan? Tipulah kalau tidak rindu zaman tanpa teknologi, tanpa kerja, dan tanpa tekanan. Cik Min teringat zaman kanak-kanak dahulu, Cik Min suka makan jajan sambil bergayut di atas pokok. Bila sebut sahaja jajan zaman kanak-kanak, rasa teringin pula nak merasainya semula.

Anak-anak tahun 80-an hingga 90-an pasti sedang tersenyum apabila mengimbau kenangan pada zaman kanak-kanak dahulu. Rasa ingin putar balik masa untuk kembali semula pada zaman kanak-kanak. Nak menikmati sungguh-sungguh zaman itu. Tapi, itu hanyalah angan-angan semata-mata, tidak akan boleh kembali semula. Artikel kali ini, Cik Min nak kongsikan kepada anda jenis jajan zaman muda kita dahulu. Sungguh nostalgia!

Jajan Zaman Kanak-Kanak

Cik Min nak senaraikan jenis-jenis jajan yang pernah popular pada zaman kanak-kanak dahulu. Cik Min percaya pasti ramai yang rindu nak makan jajan ini semula. Gambar-gambar jajan ini, Cik Min dapatkan daripada laman web SirapLimau.

#1 Asam/Jeruk

Ingat lagi tak asam ini? Dulu asam ini dipanggil sebagai “asam taik hidung”. Siapa yang selalu panggil dengan gelaran itu? Baik mengaku cepat! Hahaha. Asam ini masih lagi dijual dan rasanya juga sudah berbeza dengan yang dahulu.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#2 Aiskrim

Ini pula aiskrim pops Malaysia. Cik Min gelarkan aiskrim ini sebagai aiskrim lutut sebab Cik Min patahkan aiskrim ini menggunakan lutut. Kemudian, aiskrim ni akan terbelah dua, dan boleh berkongsi bersama rakan.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#3 Nini Stick Celup Choco | Jajan Zaman Kanak-Kanak

Masih ingat lagi tak iklan Nini Celup di TV2? Iklan ini selalu muncul kalau nak tengok kartun di TV2.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#4 Biskut Aiskrim

Sekarang jarang jumpa biskut aiskrim ini. Cik Min panggil biskut ini sebagai biskut aiskrim sebab gula di atasnya berbentuk seperti aiskrim dan rasanya manis. Cik Min dan rakan-rakan dulu suka membazir biskut! Hanya makan gulanya sahaja.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#5 Gula-gula Susu Bento

Lama betul tak makan gula-gula susu ini. Cik Min suka koyakkan pembungkus gula-gula susu ini sebab diperbuat daripada kertas. Bau gula-gula ini juga wangi seperti susu. Memang favourite Cik Min! Kalau Cik Min jumpa, Cik Min nak beli banyak-banyak dan beri kepada anak-anak buah Cik Min. Biar mereka dapat merasai gula-gula lejen ini.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#6 Gula-gula Arnab | Jajan Zaman Kanak-Kanak

Cik Min tak pasti nama sebenar gula-gula ini. Tapi, Cik Min panggil gula-gula ini sebagai gula-gula arnab sebab ada gambar arnab. Gula-gula ini memang nostalgia! Mana tidaknya, plastik warna putih yang membungkus gula-gula ini boleh dimakan!

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#7 Eyeglass with Candy

Cik Min tak panggil gula-gula ini sebagai eyeglass with candy. Tapi, Cik Min panggil sebagai gula-gula nombor 8 sebab bentuknya seperti nombor 8. Zaman dahulu, kanak-kanak suka jadikan dua lubang pada gula-gula itu sebagai topeng mata, betul tak? Minggu lepas, Cik Min ada beli gula-gula ini untuk anak buah, tetapi rasa gula-gulanya dah tak sama seperti dulu. Gula-gulanya semakin rapuh dan plastiknya juga cepat terkoyak.

Jajan Zaman Kanak-Kanak

#8 Gula-gula Bendera

Siapa yang suka beli bendera banyak-banyak semata-mata untuk makan gula-gula di dalamnya? Cepat mengaku!

#9 Gula-gula Getah Black & White | Jajan Zaman Kanak-Kanak

Ini dia gula-gula getah hitam dan putih yang popular pada suatu ketika dahulu. Bila kali terakhir anda mengunyah gula-gula getah ini? Cik Min berhenti makan gula-gula getah ini semenjak rakan Cik Min beritahu ada “khinzir” di dalam kandungannya. Hahaha. Cepat mengaku siapa yang sama seperti Cik Min.

Cik Min teringat dahulu zaman sekolah ada yang dengki dengan Cik Min sehingga sanggup lekatkan chewing gum yang telah dikunyah di atas bangku. Hahaha. Cik Min tahu pelakunya! Tetapi, Cik Min malas nak balas balik sebab Cik Min tahu yang cari masalah tu lelaki. Jadi, Cik Min pun mengalah sahajalah! Tak baik lelaki dan perempuan bermusuhan! Hahaha.

#10 Gula-gula t-Drops

Sewaktu zaman sekolah rendah, ramai yang gemar beli gula-gula ini. Cik Min panggil gula-gula ini sebagai gula-gula tepung sebab ada serbuk putih seperti tepung yang menyaluti gula-gula ini. Ramai yang akan menghabiskan gula-gula ni terlebih dahulu sebelum meniup serbuk tepung ke muka rakan-rakan. Siapa yang selalu terkena serbuk itu, baik mengaku ya. Sungguh menggamit memori!

#11 Gula-gula Asam | Jajan Zaman Kanak-Kanak

Cik Min tak tahu nama sebenar gula-gula ini. Jadi, Cik Min panggilnya sebagai gula-gula asam duit syiling sebab bentuknya bulat-bulat seperti duit syiling. Rasanya yang masam dan manis memang sesuai dengan tekak sendiri.

#12 Chewing Gum Berperisa

Ini dia chewing gum berperisa yang sering kali dibeli dan dibawa ke sekolah. Comel sahaja bekas chewing gum ini, muat untuk masuk ke dalam poket. Kalau tidak silap Cik Min, chewing gum ini bentuknya bulat-bulat. Cik Min suka perisa strawberry. Mana satu perisa kegemaran anda?

Banyak lagi sebenarnya jajan zaman kanak-kanak yang tidak disenaraikan. Kalau anda ingat jenis jajan zaman dahulu, boleh kongsikan dengan Cik Min. Cik Min pasti ramai yang tersenyum melihat gambar-gambar makanan lejen ini. Mesti anda teringat zaman kecil dahulu, kan?

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat menggamit kenangan anda masa kecil dahulu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *