Hidangan Talam Di Experiment Kitchen

July 28, 2023 by No Comments

Adakah anda penggemar makanan yang dihidangkan di dalam talam? Hidangan Talam Di Experiment Kitchen ini pasti akan memuaskan selera anda! Satu kepuasan yang amat luar biasa apabila dapat makan makanan kegemaran anda dengan sangat banyak.

“Experiment Kitchen”, mendengar nama nya sahaja akan membuatkan kita teruja, kerana sangat unik. Bijak sungguh ya pemilik restoran ini memilih nama. Sengaja Cik Min memuji siapa tahu, mungkin Cik Min dapat diskaun? Hehehe.. Cik Min bergurau sahaja yaa!

Lokasi Restoran Experiment Kitchen| Hidangan Talam Di Experiment Kitchen

Hidangan Talam Di Experiment Kitchen
Sumber: Google Map

Anda semestinya tertanya-tanya tentang lokasi restoran ini bukan? Lokasi atau alamat restoran ini terletak di 8,10 & 12, Jalan Cheras Maju, Pusat Perniagaan Cheras Maju,43200 Cheras, Selangor. Buat mereka yang berada di Cheras atau tinggal di sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!

Cik Min juga telah merasai keenakan makanan yang dihidangkan di restoran ini! Amat berbaloi ya makanan yang mereka sediakan didalam menu, confirm puas!

Apa Hidangan Yang Disediakan?

Restoran ini mempunyai banyak jenis makanan di dalam menu mereka. Jom Cik Min tunjukkan antara menu menarik di restoran Experiment Kitchen. Pasti anda semua akan terus ke sana untuk merasai sendiri hidangan ini.

  1. 1. Talam Spaghetti
  2. 2. Talam Nachos
  3. 3. Grilled Chicken Chop
  4. 4. Miyazaki A5 Wagyu Steak 220g+- MBS11

Hanya dengan nama sahaja boleh membuatkan Cik Min terliur, baru empat menu sahaja sudah mampu membuatkan Cik Min tumpas. Di bawah ini Cik Min sertakan gambar hidangan makanan yang berada di dalam senarai supaya anda semua dapat lihat sendiri keenakan makanan yang disediakan di sana.

  • Hidangan Talam Di Experiment Kitchen
  • Hidangan Talam Di Experiment Kitchen

Cik Min dapat informasi tentang restoran Hidangan Talam Di Experiment Kitchen daripada video di Tiktok. Kepada anda semua yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang restoran ini boleh terus pergi ke Tiktok akaktapauu.

Jom kita makan hidangan talam bersama Experiment Kitchen!

Selamat menjamu selera!

Berminat dengan artikel “Hidangan Talam Di Experiment Kitchen”? Jika ya, jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik dari kami!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *