Enoki Butter Anju Viral | Kebaikan & Resipi

January 26, 2023 by No Comments

Sejak perkongsian resipi enoki butter daripada Anju atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie, pada 28 Oktober tahun lalu, ramai netizen telah memberi feedback yang baik setelah mencuba.

Cik Min yang tengah scroll TikTok pun selalu sangat nampak konten resipi enoki butter Anju ni. Memang ramai yang kata sedap sangat-sangat dan ia dapat dilihat melalui reaksi muka mereka! Jadi pada kali ini, Cik Min akan up semula resipi yang pernah viral ini.

Kebaikan Cendawan Enoki | Enoki Butter Anju Viral

Enoki butter anju

Untuk pengetahuan anda, cendawan enoki ini juga dikenali sebagai, Flammulina Velutipes. Ia merupakan spesies kulat yang boleh dimakan dan mempunyai pelbagai faedah. Antaranya ialah:

1. Mengandungi pelbagai nutrisi

Oleh kerana mempunyai banyak kelebihan kesihatan, cendawan ini telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak sekian lama.

Selain itu, thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, folat, vitamin E, vitamin K, dan vitamin lain juga terdapat dalam cendawan ini tau! Ia sangat sesuai untuk orang yang berdiet kerana tidak mempunyai kolesterol dan paras garamnya adalah rendah.

2. Membantu menghilangkan lemak perut

Asid linoleik, sejenis makronutrien yang penting untuk badan juga terdapat di dalam cendawan ini. Realitinya, makronutrien ini mempunyai keupayaan untuk menurunkan lemak perut, yang menyebabkan perut buncit.

3. Dapat mengawal gula dalam darah

Tambahan lagi, terdapat banyak serat turut dijumpai dalam cendawan ini. Tidak dinafikan, serat mampu memberikan beberapa kelebihan kesihatan seperti menurunkan kolesterol badan dan mengawal gula dalam darah. Jadi, penghidap diabetes jenis 2 amatlah sesuai untuk memakan cendawan ini.

4. Bagus untuk pesakit anemia

Anda inginkan diet yang membantu meningkatkan darah? Makan sahaja cendawa enoki ni. Ia mengandungi zat besi, yang boleh mengurangkan risiko anemia daripada berlaku tau!

Resepi Enoki Butter Cara Anju

Bahan-bahan

Cendawan enoki
Butter (Belah dua)
Sedikit air
Stok ayam
Lemon
Serbuk cili
Bawang putih (optional)

Cara memasak

1. Carikkan cendawan enoki.
2. Panaskan kuali, masukkan 1/2 butter dan cendawan.
3. Tambah bawang putih jika anda mahu.
4. Kacau perlahan enoki dan tambahkan air sikit.
5. Letak stok ayam dan garam mengikut cita rasa masing-masing.
6. Sebelum angkat, tambahkan butter yang selebihnya dan tunggu sehingga ia mencair.

Enoki Butter Anju
Sumber: Tiktok @zarinaanjoulie_


7. Lepas dah siap, boleh perah lemon di semua bahagian hidangan dan taburkan serbuk cili.
8. Sekarang, dah boleh ngapp! Memang terangkattt.

Confirm layan punya kalau makan sambil tengok k-drama, heheBtw, kalau korang nak cuba resipi lain daripada Anju, anda juga boleh singgah ke akaun TikTok beliau di @zarinaanjoulie_ . Selamat mencuba!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Resipi Enoki Butter Anju.” Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik ya!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *