Durian Crepe yang Sedap dan Viral
Sekarang ni dah masuk musim durian dah korang! Mesti korang jadi hantu durian kan, nak nak lagi yang ada dusun durian lagi seronoklah menikmati raja buah kesukaan ramai tu. Biasanya apa lagi resepi yang boleh dibuat dengan durian selain makan begitu saja ye? Selalu orang tua dulu-dulu suka buat serawa durian betul tak? Tapi korang taknak try sesuatu yang baru seperti durian crepe ke? Haa jom ikuti apa yang Cik Min nak kongsikan harini!
Apa Itu Durian Crepe?
Durian crepe ni adalah sejenis makanan yang dibuat menggunakan isi durian tau! Isi durian dicampur dengan pelbagai bahan-bahan sehingga menjadi inti cream dan disalut dengan crepe iaitu sejenis pancake yang nipis. Mesti ramai yang dah pernah makan betul tak? Tapi korang tahu tak macam mana nak buat resepi ni? Haa ni yang Cik Min nak kongsikan ni!
Resepi Durian Crepe Viral
Bahan-bahan untuk kulit crepe
Bahan A
– 1 biji telur
– 1 Sb gula kastor
– 40 ml susu segar
– 150 ml air
– 1 sudu kecil minyak masak
– 1 sudu kecil esen vanila
– Pewarna makanan
Bahan B
– 4 Sb tepung gandum
– 2 Sb tepung ubi
– 1 Sb tepung kastard
– 1 Sb tepung jagung
Cara-caranya:
1. Masukkan kesemua bahan A dalam satu bekas adunan dan kacau sehingga sebati.
2. Campurkan bahan B tadi dan ayak ke dalam adunan bahan A.
3. Kacau hingga sebati
4. Panaskan kuali leper dan tuangkan satu senduk adunan
5. Tunggu sehingga masak dan angkat.
6. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis
Bahan untuk inti durian
– 20 ml susu segar
– 1 Sb gula
– 1 Sb tepung kastard
– 100 gm isi durian
Cara-caranya:
1. Campur kesemua bahan-bahan dan masak menggunakan suhu yang rendah
2. Kacau sehingga pekat
Cara untuk membuat durian crepe:
1. Ambil crepe yang telah dibuat tadi dan letakkan di permukaan yang rata
2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan letakkan di tengah-tengah crepe.
3. Kemudian tambahkan adunan durian tadi di atas whipping cream.
4. Masukkan sebanyak mana whipping cream dan inti durian yang ada suka
5. Bungkus crepe seperti kulit popia
6. Siap untuk dimakan!
Cik Min rasa mungkin ada yang tak dapat gambaran macam mana nak buat durian crepe ni kan? Meh sini Cik Min kongsikan video youtube dari channel Buat Orang Lapo. Haaa dari sinilah Cik Min dapatkan resepinya. Tunggu apa lagi, SELAMAT MENCUBA!
Jom layari laman portal MakanLokal untuk dapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Nak makan apa? Makan lokal-lah!