Dofi Donut – Wajib Cuba!

December 22, 2021 by No Comments

Siapa di sini gemar makan makanan manis seperti donat? Cik Min pun salah seorang penggemar donat tau! Makanan manis dan sedap ni memang akan menjadi kesukaan orang ramai, kan? Jadi, anda semua patut cuba Dofi Donut!

Bagi warga Kuantan atau kawasan yang berdekatan sekitarnya, anda bolehlah berkunjung ke kafe ini.

Dofi Donut

Menu Donat di Dofi Donut

Cik Min dapat tahu di kafe donat Dofi ini ada menyediakan pelbagai jenis donat yang gebu dan sedap! Selain itu, harga yang ditawarkan pula sangat murah! Memang sesuai untuk anda borong untuk bawa balik rumah. Hehehe!

Dofi Donut
Sumber: Instagram Foodies.my

Donat Sedap dan Gebu!

Cik Min tengok gambar donat ini pun dan kecur air liur tau! Tiba-tiba pula rasa lapar. Donat yang dijual sangat sedap dan gebu ditambah pula dengan topping yang pelbagai di atasnya. Memang menyelerakan!

Donut di sini memang menyediakan topping yang menarik perhatian pengunjunglah! Meleleh-leleh topping tu. Memang tak kedekut langsung!

Anda semua memang patut cuba donat Dofi ini tau!

Dofi Donut

Selain itu, topping nestum dan cornflakes sangat menjadi pilihan pelanggan tau!

Dofi Donut

Kafe Dofi Donut

Gambar di bawah menunjukkan suasana di dalam kafe donat Dofi. Kafe ini sesuai untuk dijadikan port baharu bagi golongan muda untuk lepak atau berborak sambil menikmati donat yang sedap. Kafe ini dikatakan sangat selesa, sejuk dan cantik dengan hiasan moden sebagai hiasan dalaman. Memang cantiklah!

Sebelum pandemik dulu memang ramai yang berkunjung ke kafe ini, tengok sahaja gambar di bawah ini. Ramai juga orang beratur sebab ingin merasai sendiri kelazatan donat ini!

Dofi Donut

Feedback Positif

Cik Min lihat di Instagram kafe ini sendiri terdapat pelbagai feedback positif yang telah pelanggan berikan selepas mencuba sendiri donat yang dijual di kafe ini!

Official, the best donut i ever had.”

“Tempat wajib pergi, bila dekat Kuantan.”

Selain itu, di kafe ini ada juga menyediakan pelbagai jenis minuman kopi yang sedap!

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kafe ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10:00 a.m. – 8:00 p.m.
Alamat:
No. 10 Jalan Penjara,
25100 Kuantan, Pahang

Selain itu, anda juga boleh membuat pesanan secara terus menggunakan aplikasi Foodpanda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *