Crab Rangoon Viral | Resepi Minum Petang Simple

April 21, 2022 by No Comments

Crab Rangoon viral ini merupakan antara resepi yang memang hit lah baru-baru ini! Siapa je tak tahu kan… Ia sangat sesuai untuk dijadikan santapan minum petang gitu. Ni kalau buat untuk kanak-kanak, memang mereka akan sukalah, sebab rasa cream cheese yang lemak ditambah pula dengan crab stick dia, fuhh… Memang sekali rasa, pasti nak lagi!

Di Malaysia, Crab Rangoon viral ni lebih dikenali sebagai popiah cheese atau wantan goreng cheese tau! Jom cuba resepi yang Cik Min kongsikan ini.

Resepi Crab Rangoon viral

Crab Rangoon Viral

Bahan-bahan yang Diperlukan:

– 1 paket crab stick

– 1 buku cream cheese

– 2 ulas bawang merah

– 4 ulas bawang putih

– Daun bawang secukupnya

– Lada hitam dan garam secukupnya

– Kulit wantan/kulit popia

Bahan untuk sos

– Sos cili Thai

– Daun sup

– Perahan limau

Cara buat sos?

Campurkan sahaja sos cili Thai, daun sup yang dihiris halus, serta sedikit perahan limau ke dalam bekas. Gaul sehingga sebati dan siap! Haaa senang je kan? Kalau korang nak lagi senang, pakai ja sos cili Thai yang dah ready dalam botol tu. Tak perlu campur pun bahan-bahan sampingan yang lain. Sos tu saja pun dah sedap tau!

Saja ja nak kongsikan cara yang Cik Min buat. Sebab Cik Min rasa, kalau ada bahan sampingan seperti daun sup dan perahan limau memang akan bangkitkan lagi rasa pedas, masam, manis dan aroma sos tersebut! Cik Min amat galakkan korang untuk cuba cara ni ya…

Cara-cara membuat Crab Rangoon viral

Crab Rangoon Viral

1. Masukkan 1 buku cream cheese ke dalam bekas besar, supaya mudah untuk menggaul kesemua bahan sekaligus.

2. Carikkan crab stick atau potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih, daun bawang yang telah dihiris halus.

4. Kemudian masukkan garam dan lada hitam secukupnya.

5. Gaul sehingga sebati.

6. Ambil kulit popiah atau kulit wantan, letak satu sudu besar adunan tadi, kemudian gulung atau lipat kulit tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Cuba, jangan tak cuba!

Kalau korang masih tak dapat bayangkan macam mana nak buat Crab Rangoon viral ni, boleh tengok cara-caranya di Tiktok, Youtube dan sebagainya. Di sini Cik Min kongsikan link video Tiktok yang dikongsi oleh pemilik akaun @goolaholic.

Menu ini sangat simple tau! sesiapa sahaja boleh cuba buat Crab Ragoon viral ni, even kalau korang tak berapa mahir untuk masak sekalipun. Selamat mencuba!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *