Costa Coffee: Kopi Kegemaran London

March 29, 2022 by No Comments

Peminat kopi pasti tahu jenama kopi dari London yang terkenal ini. Tak lain, tak bukan, Costa Coffee lah! Apa yang menarik sangat tentang Costa Coffee sehingga jenama ini terkenal di seluruh dunia pada hari ini? Jom Sis Min kongsikan!

Sejarah

Sumber: Instagram

Kisah Costa Coffee bermula pada tahun 1971, apabila dua adik-beradik, iaitu Sergio Costa dan Bruno Costa, berpindah ke London untuk membuat kopi yang lazat. Mereka mula berniaga di sebuah kedai kecil di Fenchurch Street untuk menghasilkan kopi berkualiti terbaik. Adik-beradik Costa telah menguji sebanyak 112 jenis kopi sebelum mereka mendapat satu campuran kopi istimewa terbaik yang dinamakan sebagai Mocha Italia. Sehingga hari ini, Mocha Italia masih kekal sebagai kopi pilihan orang ramai dan merupakan signature Costa Coffee.

Sebelum adik-beradik Costa membuka kedai kopi, mereka telah menjual biji kopi tersebut ke hotel berprestij di London, seperti The Ritz. Biji kopi ini dihantar dengan penuh gaya, menggunakan teksi hitam London yang terkenal. Kini, Costa Coffee sudah mempunyai lebih 4000 cawangan Costa Coffee dan lebih 10,000 mesin Smart Cafe di seluruh dunia!

Costa Coffee Malaysia

Costa Coffee
Sumber: Instagram

Sebanyak tujuh cawangan Costa Coffee yang telah dibuka di Malaysia, iaitu di Bangsar Shopping Centre, NU Sentral, Menara Allianz, Sunway Pyramid, Q Sentral, Menara MCMC dan Radia Bukit Jelutong. Terdapat lebih daripada 10 jenis kopi yang disediakan di kedai kopi ini. Jika anda tidak gemar minuman kafein, anda juga boleh mencuba ice-blended Frostino, teh, dan refreshers yang turut dijual di sini.

Pelbagai jenis makanan dan sandwic turut disediakan, seperti Costa Chicken Bolognese, Nasi Lemak Ayam Kari, dan Chicken Rendang Wrap. Jika anda datang ke mana-mana cawangan Costa Coffee, jangan lupa untuk mencuba hidangan mereka juga! Anda merupakan seorang penggemar makanan manis? Anda boleh mencuba pelbagai jenis pastri yang ada di sini, seperti croissant, cheesecake dan muffin.

Sumber: Instagram

Bukan itu sahaja, mesin kopi jenama terkenal ini juga terdapat di stesen minyak Shell di seluruh Malaysia. Antara yang disediakan di mesin kopi ini ialah, Black/White Americano, Cappucino, Latte, Flat White, Mocha dan Hot Chocolate. Jadi, bolehlah anda singgah di mana-mana stesen minyak Shell yang turut menyediakan mesin kopi ini, sebelum meneruskan perjalanan yang jauh.

Anda boleh rujuk laman sesawang Shell untuk senarai stesen minyak tersebut.

Jadi, peminat kopi tunggu apa lagi? Jika anda belum mencuba jenama kopi London yang terkenal ini, ini tanda untuk anda pergi mencubanya sekarang!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang atau Instagram mereka.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *