Cendol Sedap di Melaka

December 15, 2021 by No Comments

Kalau Min pergi Melaka, mesti teringat cendol. Tak sah kalau pergi Melaka tak pekena cendol. Tahu tak masa terbaik bila nak makan cendol? Bila kita penat pusing-pusing Melaka, cuaca pula panas terik, masa tulah tekak kita kering. Haa time ni memang sesuai sangat try cendol. Panas terik dihidangkan pula cendol yang sejuk. Pehhh memang semua cendol di Melaka semua sedap. Memang layan.

Fakta yang semua tahu, salah satu pencuci mulut yang terkenal di Melaka ialah cendol. Setiap tempat cendol di Melaka ada keunikan dan cara tersendiri. Anda peminat cendol? Di sini Min ada beberapa tempat yang boleh anda cuba jika tak tahu kat mana nak makan cendol sedap di Melaka.

#1 Cendol Kampung Hulu, Melaka | Cendol Sedap di Melaka

Cendol Sedap di Melaka
Sumber: Klook

Cendol Kampung Hulu ini antara tempat favorite Min. Bukan setakat harga dia mampu milik, portion dia pun mencukupi. Memang sesuai dengan harga. Kalau tanya Min, Min suka Cendol Durian dia. Rasa yang luar biasa dan kaya dengan perisa. Ahh kecur air liur Min bila cerita pasal ni.

Bukan tu sahaja, di sini banyak juga menu yang tersedia. Banyak jenis topping yang ada, antaranya banyak buah-buahan segar. Anda boleh pilih je ikut cita rasa masing-masing. Rasanya nanti kalau anda nak beli, 1 mangkuk cendol tak perlu kongsi pun. Cepat je habis. Tak puas makan nanti. Haha.

Sambil-sambil layan cendol tu, anda juga boleh menikmati pemandangan di tepi sungai. Anda boleh pilih untuk makan di dalam atau di luar sambil lihat bot bersiar-siar bersama pelancong sepanjang sungai itu. Diingatkan, mungkin lebih baik anda datang pada waktu pagi sebab waktu puncak dan malam selalu ramai.

Alamat: No. 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
No. telefon: 012-673 2028
Masa beroperasi: Setiap hari 11:00 a.m. hingga 11:30 p.m.

#2 Cendol Jam Besar

Cendol Sedap di Melaka
Sumber: TripAdvisor

Terletak di sepanjang tebing Sungai Melaka dan berdekatan dengan bangunan ikonik iaitu Menara Jam di bangunan Stadthuys. Gerai cendol antara cendol sedap di Melaka. Gerai ini pastinya menjadi tempat singgah orang ramai untuk menghilangkan dahaga di hari yang panas terik. Mereka menyediakan pelbagai jenis cendol.

Yang menjadi kegemaran orang ramai tak lain tak bukan Cendol Durian. Anda boleh pilih untuk meletakkan ais krim atau tidak tetapi kalau Min, cendol durian tu sendiri dah cukup. Santan yang digunakan sangat sedap. Lagi sedap apabila ia dipadankan dengan gula perang dan ais yang sudah hancur. Memang terbaik. Cendol (benda hijau) itu sendiri sedap dan bukan yang biasa-biasa yang kita selalu rasa.

Persekitarannya penuh dengan susunan tempat duduk, di mana pelanggan boleh menikmati cendol. Namun, tempat duduk mungkin terhad. Jadi datanglah dengan rakan atau ahli keluarga supaya salah seorang daripadanya boleh memesan manakala yang lain boleh cari tempat duduk.

Alamat: 8, Jalan Laksamana 1, 75200 Melaka
No. telefon: 016-654 5911
Masa beroperasi: Setiap hari 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m.

#3 Jonker88

Cendol Sedap di Melaka
Sumber: My.WorldOrgs

Cendol sedap di Melaka semestinya Jonker 88. Jonker 88 terletak di sepanjang Jalan Hang Jebat, sebuah jalan bersejarah di kawasan Jonker. Dulu Min pernah datang sini. Tak sangka kat sini pun ada jual cendol. Apa lagi Min terus je order. Ramai je yang datang ke sini hanya untuk cendol mereka. Walaupun restoran ini agak sesak dan ambil masa sedikit untuk beratur tetapi penantian itu berbaloi.

Makanan dan cendol di sini sangat sedap terutamanya Cendol Baba. Cendol Baba memang sangat digalakkan untuk cuba kerana aroma kelapanya sebati. Gula Melaka yang digunakan juga sedap dan pekat.

Selain daripada cendol, di sini juga sangat popular dengan Nyonya Asam Laksa. Min sarankan anda untuk pergi pada bukan waktu puncak kerana tempat duduk adalah terhad. Walaupun harga di sini sedikit mahal tetapi berbaloi untuk dicuba.

Alamat: 88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
No. telefon: 019-251 7667
Masa beroperasi: Sabtu: 9:30 a.m. hingga 9:00 p.m. | Setiap hari: 9:30 a.m. hingga 6:00 p.m.

Jadi macam mana? Anda dah pergi ke tempat-tempat cendol sedap di Melaka ni? Kalau belum, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat-tempat ini ya. Pastikan anda mencuba setiap satu daripada tempat ini untuk mendapatkan cendol sedap di Melaka!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *