Cendol Gemuk Raub

December 24, 2021 by No Comments

Anda merupakan salah seorang penggemar cendol? Cik Min dapat tahu ada satu kedai yang menjual cendol yang sedap di Pahang iaitu, Cendol Gemuk Raub! Bercakap tentang cendol ini, tiba-tiba rasa terliur pula kan? Sabar sajalah, kalau dekat dengan Raub ni lama dah Cik Min pergi. Hehehe!

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sebuah kedai cendol di Raub ini.

Cendol Sejuk, Segar dan Sedap

Mesti sedapkan kalau dapat makan cendol pada hari yang panas macam ni? Sejuk je tekak. Cik Min gemar betul makan cendol lagi-lagi jika cendol tersebut ada durian di atasnya. Kecur air liur Cik Min! Hahaha.

Cik Min dapat tahu, Cendol Gemuk Raub ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan di situ, serta pelanggan dari luar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan sebagainya. Selain itu, Cik Min dengar di Jerantut juga ada cawangan Cendol Gemuk ni! Memang senanglah untuk anda datang ke kedai dan merasai sendiri keenakan cendol ini.

Selain daripada cendol, terdapat juga menu lain seperti Milo Kepal, Milo Kepal Aiskrim, Air Jagung Tarik Kaw, Teh Ais Cincau dan sebagainya.

Cendol Gemuk Raub

Menu Istimewa – Cendol Gemuk Raub

Cik Min dapat tahu di kedai ini juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan barat seperti chicken chop (mushroom), chicken chop (blackpepper), dan meatball. Selain itu, di kedai ini juga ada menyediakan makanan tempatan seperti nasi lemak ayam, keropok lekor dan Rojak Mi Chicken Chop.

Cendol Gemuk Raub
Cendol Gemuk Raub
Cendol Gemuk Raub

Suasana Kedai

Kedai cendol ini memang sesuai dijadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Anda juga boleh membawa keluarga anda ke kedai ini kerana ianya luas dan selesa untuk bersantai-santai. Untuk makluman anda, kedai ini dahulunya berada di bawah pokok sahaja, namun, sekarang dah upgrade tau! Meskipun begitu, Cik Min diberitahu juga bahawa gerai bawah pokok tersebut masih juga beroperasi berdekatan dengan bulatan Bukit Koman kerana mereka sudah ada peminatnya yang tersendiri yang lebih menggemari suasana di bawah pokok.

Kedai ini juga terletak di kawasan yang mempunyai tempat yang nyaman dan sunyi tanpa bunyi kenderaan. Mana tidaknya, kedai ini berada agak jauh dari jalan besar. Kedai ini juga boleh dikatakan hipster kerana kerusi dan meja yang digunakan tidak pernah lagi dilihat di kedai lain. Hal ini kerana, semua peralatan di kedai ni termasuk raknya, dibuat sendiri oleh pemilik kedai ini. Memang rare kan?

Kepada anda yang berminat untuk datang ke kedai ini, waze sahaja alamat yang Cik Min kongsikan di bawah.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 4:00 a.m. – 11:00 p.m.
Alamat: No.7 Dataran Bukit Idaman, 27600 Raub.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman Facebook Cendol Gemuk Raub.

Sekian sahaja pengkongsian Cik Min tentang Cendol Gemuk kali ini. Jadi, kalau anda semua teringin nak makan cendol sedap datanglah ke kedai ini ya?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *