Choux Au Craquelin: Bagaimana Nak Buat?

August 3, 2022 by No Comments

‎Jadi baru-baru ni, Cik Min perasan ada trend terbaharu dekat pentas pastri Malaysia. Ha, kalau korang terfikir tentang cream puff dengan tekstur kerak dan penuh dengan inti, itulah dia! Choux Au Craquelin atau nama mudahnya, Japanese Cream Puff memang semakin viral di Malaysia. Jadi hari ini, Cik Min akan kongsikan dengan korang tentang pastri ini kayyy.

Choux Au Craquelin, (disebut Shu-Or-Kra-ke-lan) adalah sejenis pastri yang berasal dari Perancis. Walaupun asalnya bukan dari Jepun, Choux Au Craquelin mendapat sambutan yang lebih hangat apabila mereka mulai memperkenalkan pastri ini di sana.

Bagaimana Ia Berbeza Dengan Cream Puff Biasa?

Mesti korang tertanya-tanya, apa beza kedua-dua pastri ni kan? Untuk pengetahuan korang, kedua-dua pastri ini menggunakan pastri choux dan inti yang sama. Cuma bezanya dengan Choux Au Craquelin adalah, ia mempunyai 1 extra komponen berlainan. Komponennya adalah:

  • ● Pastri Choux
  • Craquelin
  • ● Inti

Craquelin’ ini bermaksud biskut atau cracker dalam bahasa Perancis. Fancy sikit la gitu, hihi … Ia merupakan campuran gula, mentega, serta tepung, yang kemudiannya akan diuli dan dipotong dalam bentuk bulat leper. Lepas itu, barulah kita letakkan ia ke atas pastri, sebelum dimasukkan ke dalam oven.

craquelin placement
Sumber: Jernej Kitchen

Apabila dibakar dalam oven, craquelin gula tersebut akan melebur dan mula menyelaputi bahagian luar pastri tersebut. Itu part paling sedap tau! Ha, lepas siap dibakar, pastri akan disejukkan agar lapisan craquelin mengeras dan bertukar tekstur kepada crunchy.

Kalau korang potong pastri ni, Cik Min gerenti dapur korang akan bergema sampai ke rumah jiran, sebab bunyi crunchy dia memang asyik sangat! Haha, melebih pula Cik Min ni kan?

Jadi, itulah perbezaan Choux Au Craquelin berbanding cream puff biasa sebab, ia tidak mempunyai sebarang ‘Craquelin‘ di atasnya. Mudah aje nak bezakan kedua jenis manisan ni.

Kenapa Kita Kena Buat Choux Au Craquelin Sendiri?

Kalau ikutkan Cik Min, Choux Au Craquelin ni masih belum mencapai tahap yang semua orang tahu lagi. Harga dekat bakeri pun masih mahal sebab tak cukup demand. Walhal, rasanya memang sedap!

Kalau nak buat sendiri pun mudah je … Tak perlu pakai yis dan sebagainya. Cukup korang mempunyai oven dan beberapa bahan mudah, insyaAllah menjadi.

Lagi satu, kalau korang boleh master resipi ni, bolehlah jadikan sebagai bisnes kecil-kecilan nanti. Kalau korang perasan, ramai yang mula jual dan buat pastri macam bomboloni bila ia mula viral dulu kan? Sama jugalah konsepnya dengan Choux Au Craquelin ni.

Matcha Choux Au Craquelin

Resipi Mudah Choux Au Craquelin


Ingat tak Cik Min cakap, ada tiga komponen dalam pastri ni? Kita akan mulakan dengan inti, kemudian craquelin, dan last sekali baru fokus kepada pastri choux. Hal ini kerana, inti dan craquelin tersebut perlu disejukkan di dalam peti ais terlebih dahulu.

Resipi Inti Choux Au Craquelin

  • ● 2 biji kuning telur
  • ● 60g gula
  • ● 25g tepung jagung
  • ● 240ml susu
  • ● 180g krim putar
  • ● 1 sudu teh perisa vanilla

  1. 1. Campurkan gula dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
  2. 2. Masukkan pula tepung jagung dan gaulkan sekali bersama adunan tadi.
  3. 3. Kemudian, panaskan susu sehingga sebelum mendidih.
  4. 4. Tuangkan susu panas perlahan-lahan sambil menggaul adunan semasa menuang, supaya kuning telur tidak termasak.
  5. 5. Panaskan semula adunan tersebut di atas api sederhana, dan gaul sehingga campuran menjadi likat.
  6. 6. Letakkan campuran ke dalam mangkuk dan sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. 7. Selepas 2 jam, campurkan krim putar dan perisa vanilla ke dalam adunan tersebut.
  8. 8. Gaul hingga sebati dan sejukkan sekali lagi selama 1 jam.

Resipi Craquelin

  • ● 60g unsalted butter
  • ● 50g gula
  • ● 60g tepung gandum
  1. 1. Gaulkan unsalted butter pada suhu bilik dengan gula sehingga sebati.
  2. 2. Kemudian, campurkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
  3. 3. Uli doh sehingga mencapai ketebalan 2-3mm.
  4. 4. Simpan doh di dalam peti beku selama 20 minit.

Resipi Pastri Choux

  • ● 130ml air
  • ● 50g unsalted butter
  • ● 1/4 sudu teh garam
  • ● 2 biji telur
  1. 1. Cairkan mentega, garam dan air sehingga mendidih.
  2. 2. Apabila mendidih, tutup api dan tambah tepung gandum. Gaul sehingga sebati.
  3. 3. Panaskan dengan api sederhana selama 90 saat.
  4. 4. Tutup api dan tunggu 15 minit, untuk doh sejuk.
  5. 5. Selepas doh sejuk, campurkan 2 biji telur dan gaul hingga sebati.

Proses Baking dan Finishing

Baking Process
Sumber: Serious Eats
  1. 1. Panaskan oven pada suhu 190°C selama 15 minit, sebelum membakar choux.
  2. 2. Sementara tu, boleh lapikkan baking tray dengan baking paper.
  3. 3. Letakkan doh ke dalam piping bag dengan nozel.
  4. 4. Paipkan doh sehingga saiznya 2 inci, minimum.
  5. 5. Kemudia potong craquelin yang telah disejukbeku tadi menggunakan cookie cutter ataupun gelas. Pastikan saiznya lebih kurang sama dengan doh!
  6. 6. Letakkan craquelin yang dipotong ke atas doh yang telah dipaip tadi.
  7. 7. Bakarkan ia selama 20 minit, pada suhu 190°C.
  8. 8. Selepas siap dibakar, keluarkan dan tunggu choux untuk sejuk, sebelum memasukkan inti.
  9. 9. Kemudian, anda boleh masukkan inti tadi ke dalam piping bag dengan nozel.
  10. 10. Buat lubang kecil di bawah choux dan paipkan inti ke dalamnya.
  11. 11. Siap untuk dihidang, dijual ataupun dimakan!

Tak Susah Kan Nak Buat Choux Au Craquelin Ni?

Senang je sebenarnya nak buat resipi ni guys! Tidak serumit pastri-pastri lain pun. Lepas je habis baca artikel ni, make sure korang terus buat kalau bahan-bahan semua ada. Manalah tahu, kot korang ni ada bakat untuk buat pastri sebenarnya, kan? Ha, belum cuba belum tahu tau…

Cik Min harap, korang sentiasa bersemangat untuk cuba resipi-resipi yang Cik Min share di Makan Lokal ni ya. Good Luck! Kalau korang nak dapatkan lebih banyak artikel yang menarik, korang boleh layari portal Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *