Cafe KOMe Teluk Intan | Syurga Dessert

March 1, 2022 by No Comments

“Hai orang Perak! Kome dah pergi belum Cafe KOMe Teluk Intan yang terletak betul-betul berhampiran dengan Menara Condong tu?” Baru-baru ini, Cik Min ada terlihat semua posting di laman Facebook kafe ini. Mereka menjual berbagai aneka makanan western, dan yang paling popular sekali ialah dessert.

Selain daripada menyediakan makanan yang sedap, kafe ini juga amat sesuai untuk berkumpul dan bersantai bersama ahli keluarga dan rakan.

Menu Makanan Utama

Jika anda singgah ke Cafe KOMe Teluk Intan ini, jangan lupa untuk mencuba menu utama mereka, iaitu Spaghetti dan Crispy Chicken Chop. Crispy Chicken Chop yang sangat juicy ini akan digandingkan dengan sos lada hitam. Memang sedap! Cik Min tengok gambar pun dah terliur!

Cafe KOMe Teluk Intan

Kek dan Dessert di Cafe KOMe Teluk Intan

Selain daripada menu makanan western, anda juga perlu mencuba pencuci mulut di sini. Antara menu istimewa bagi dessert di sini ialah Callebaut Brownies with Vanilla Ice Cream. Kombinasi brownies yang suam-suam bersama aiskrim perisa vanila. Sungguh menyelerakan!

Supply Cookies

Kafe ini bukan sahaja menjual makanan seperti di kafe-kafe biasa, malah turut menjadi supplier untuk peniaga lain. Misalnya, menjadi pembekal bagi Biscoff Butter Cookies kepada pembeli. Cookies ini juga merupakan cookies premium yang paling best seller di sini.

Selain itu, kafe ini juga ada menawarkan pembelian secara borong bagi Golden Tart Nenas. Sekiranya anda menggemari kuih seperti tart dan cookies atau ingin menjual tart dan cookies yang sedap ini, anda boleh hubungi nombor di talian ini 60147677171.

Perkara yang lebih menarik tentang cookies yang ditawarkan ini ialah cookies ini telah mendapat sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Makanan yang sedap dan bersih pasti ramai yang mempercayainya. Nak makan tak perlu risau atau was-was lagi tentang kandungan dalam cookies tersebut.

Alamat:
8, Jalan Ah Cheong, Arked Mara, 36000 Teluk Intan, Perak (berhampiran dengan Menara Condong).

Sekiranya anda berkunjung ke Perak, anda bolehlah singgah ke Cafe KOMe Teluk Intan ini. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari MakanLokal.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Nak makan apa? Makan lokal-lah!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *