Bruh Kitchen Melaka | Anda Perlu Tahu!

July 18, 2022 by No Comments

Bruh Kitchen merupakan salah satu restoran yang wajib anda cuba di Melaka. Kalau anda nak merasa makanan yang best-best, memang inilah tempatnya. Rugi sangat kalau anda dah sampai ke Melaka, tapi tak singgah sini dulu tau!

“Rugi kenapa pula Cik Min? Apa yang menarik sangat tu?”

Sebab, Bruh Kitchen ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang pasti akan membangkitkan selera seisi keluarga anda. Terutama sekali, makanan westernnya yang mendapat sambutan hangat para pelanggan, serta rasanya yang memang enak-enak belaka!

Sambil menulis ni, mulalah tekak Cik Min teringin nak makan western! Nampaknya Cik Min perlu tahan craving ni sampai settle perkongsian hari ini. Jadi, pastikan anda baca perkongsian Cik Min ni sampai habis okay? Jom Cik Min ceritakan antara yang menarik di Bruh Kitchen Melaka.

Bruh Kitchen Melaka

Bruh Kitchen Melaka
Terdapat pelbagai variasi hidangan western yang boleh anda pilih.

Bruh Kitchen Melaka merupakan sebuah port makan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan western ala-ala Texas BBQ. Cik Min yakin, warga Melaka pasti familiar sangat dah dengan port makan ni, kan?

Bruh Kitchen kini mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Durian Daun dan MITC, Melaka. Haaa, seronoklah sebab tak perlu bersesak di satu kedai sahaja lepas ni. Boleh pilih untuk pergi ke salah satu cawangan yang berdekatan anda, untuk rasai sendiri hidangan western yang gempak-gempak!

Tambahan pula, reka hias dalaman kedai ini juga amat selesa dan sesuai buat para pengunjung menikmati hidangan lazat bersama keluarga. Bruh Kitchen ini berkonsepkan warna hitam dan kelabu, sekali gus memperlihatkan kedai makan ini lebih premium.

Pelbagai jenis hidangan western yang boleh anda pilih di sini. Kalau rambang mata nak pilih apa, order semua sekali pun boleh, haha … Harganya pula mengikut hidangan yang anda pilih. Tapi usah risau, sebab harga yang ditawarkan amat berpatutan, sesuai dengan saiz hidangan. Apa yang lebih penting ialah, makanan tersebut memang sedap dan mengenyangkan!

Di Manakah Lokasinya Cik Min?

Beginilah Bruh Kitchen apabila full house. Meriah betul dapat berkumpul sambil makan-makan dengan keluarga dan rakan-rakan.

Warga Melaka atau luar Melaka amatlah dialu-alukan untuk singgah ke Bruh Kitchen. Jika anda datang ke bandar bersejarah ini, memang wajib singgah ke kedai ini dulu! Kalau tak, confirm tidur tak lena nanti. Jangan kata Cik Min tak bagi warning pula! Meh Cik Min share lokasinya sekali.

Terdapat dua cawangan Bruh Kitchen yang telah dibuka di Melaka. Jika anda berhajat untuk singgah, ini alamatnya:

BRUH KITCHEN DURIAN DAUN
▪ ▪ ▪
Alamat: Lot 689-2, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kg. Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.
Waktu Operasi: 5 P.M. – 12 A.M.
▪ ▪ ▪

BRUH KITCHEN MITC
▪ ▪ ▪
Alamat: Lot No. 25 & 27, Jalan Kf 1, Lot Kota Fesyen MITC, 75400 Ayer Keroh, Melaka.
Waktu Operasi: 11.30 A.M. – 10.30 P.M.
▪ ▪ ▪

Tak susah pun nak sampai ke Bruh Kitchen ni … Boleh guna Waze aje! Tahu-tahu je dah sampai. Tahu-tahu je dah order. Tahu-tahu je dah makan. Ehhh? Hehe, tunggu apa lagi? Pastikan anda serbu Bruh Kitchen pada weekend ini ya.

Antara Menu yang Ditawarkan

Anda pasti tertanya-tanya, apakah antara menu yang terdapat di Bruh Kitchen ini kan? Apa yang pasti, variasi hidangan di sini pasti akan membuatkan anda berasa lapar tau … Make sure anda dah bersedia! Berikut merupakan menu yang ada di Bruh Kitchen Melaka:

  • Bruh Kitchen Melaka
  • Bruh Kitchen Melaka
  • Bruh Kitchen Melaka
  • Bruh Kitchen Melaka
  • Bruh Kitchen Melaka

Menarik kan hidangan yang ada di Bruh Kitchen Melaka ni? Bukan sahaja makanan western, pelbagai jenis coffee dan dessert-dessert menarik pun ada!

Untuk makluman semua, coffee hanya available di Bruh kitchen outlet MITC sahaja tau. Take note ya, jangan kata Cik Min tak bagitahu tau! Tapi kalau nak makan pasta, burger, atau nasi ayam? Haa boleh je datang ke mana-mana outlet Bruh Kitchen.

Anda juga jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi lemak di Bruh Kitchen tau! Itu adalah menu terbaru mereka! Nak dapatkan maklumat lanjut tentang menu di Bruh Kitchen Melaka? Jom layan Tiktok Bruh Kitchen untuk video-video menarik dan menyelerakan!

Kenapa Anda Perlu Berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka?

Our happy customers! Boleh sambut birthday juga tau dekat sini. Menarik betul!

Sekarang anda sudah tahu menu-menu yang ada di Bruh Kitchen Melaka kan? Jadi, Cik Min nak beritahu serba sedikit kenapa anda perlu datang ke kedai ini. Terdapat banyak sebab yang boleh Cik Min listkan, namun ini adalah antaranya:

  • 1. Harga yang berpatutan
    • ▪ Setiap hidangan didatangi dengan harga mampu milik dan berbaloi untuk para pelanggan.
  • 2. Portion besar yang berbaloi
    • ▪ Saiz hidangan adalah besar dan sesuai dengan harganya, yang pasti akan membuatkan anda tersandar kekenyangan!
  • 3. Suasana kedai yang santai dan selesa
    • ▪ Reka hias dan suasana kedai yang santai akan mendatangkan mood baik kepada para pelanggan.
  • 4. Makanan sedap dan menyelerakan
    • ▪ Setiap makanan yang disediakan akan dimasak dengan baik dan menggunakan teknik masakan yang terbaik! Fuhhh, gah betul ayat Cik Min kan? Tapi memang itulah hakikatnya…
  • 5. Variasi makanan yang pelbagai
    • ▪ Pelbagai pilihan makanan turut ditawarkan kepada pelanggan, untuk dipilih berdasarkan citarasa masing-masing.
  • 6. Barisan crew yang friendly
    • Crew restoran sedia melayani pelanggan setiap masa tau! Jadi, jangan segan silulah dengan mereka ni, hehe
  • 7. Servis terbaik
    • ▪ Sentiasa berusaha memberikan servis terbaik, bagi menjamin kepuasan hati pelanggan yang dihormati.
  • 8. Cara pembayaran yang flexible
    • ▪ Bruh Kitchen Melaka menerima bayaran secara tunai, kad kredit/debit, qr pay dan online transfer. Tak perlu susah hati kalau anda sejenis yang sukakan style pembayaran cashless!
  • 9. Perkhidmatan delivery disediakan
    • ▪ Kalau malas nak keluar rumah, anda boleh order online juga tau! Bruh Kitchen Melaka memang ada sediakan perkhidmatan delivery untuk pelanggan. Tapi hanya untuk cawangan MITC Melaka sahaja ya.

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Bruh Kitchen Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Makan Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Nak makan apa? Makan lokal-lah!

Leave a Comment

Your email address will not be published.