Bazar Ramadan Viral

April 11, 2022 by No Comments

Ramadan tahun ini pastinya lebih meriah dengan kehadiran bazar ramadan yang kini dibenarkan untuk beroperasi semula. Tentunya para pengunjung akan berpusu-pusu untuk mencari bazar ramadan yang meriah dengan beraneka pilihan juadah untuk dibeli sebagai hidangan berbuka puasa kan? Jadi, hari ini, Cik Min akan review sikit bazar ramadan viral dan makanan istimewa yang berada di bazar tersebut.

Bazar Ramadan yang wajib dikunjungi

1. Bazar Jalan Tar

Bazar Ramadan Viral
Sumber: Google

Bazar ini terletak berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Bagi penduduk di KL, bazar ini sangat terkenal kerana terletak di tengah-tengah KL dan mempunyai banyak pilihan makanan.

Antara makanan terkenal di situ semestinya Roti John! Memang banyak gerai Roti John di sini, dan rata-rata gerai tersebut mempunyai citarasa dan keistimewannya yang tersendiri. Selain itu, Cendol dan Air Mata Kucing juga turut menjadi pilihan pengunjung di sini.

Bazar Ramadan Viral
Sumber: Google

2. Bazar Seksyen 13 Subang Jaya

Bazar Ramadan Viral
Sumber: Google

Bazar di Subang Jaya ini dikenali sebagai kawasan hot spot kerana Subang Jaya merupakan kawasan yang merangkumi SS12 hingga SS19, PJS7 / PJS9 / PJS11 dari Bandar Sunway, UEP Subang Jaya (USJ), Putra Heights dan Batu Tiga. Jadi, tidak hairanlah kalau bazar ini menjadi bazar ramadan viral kerana menjadi tumpuan utama penduduk di situ.

Antara Makanan popular di situ sudah semestinya Nasi Kerabu! Bagi penggemar Nasi Kerabu, anda perlu cuba Nasi Kerabu original dari Kelantan di sini. Bagi orang Kelantan yang rindukan masakan Kelantan, boleh datang ke bazar ramadan Seksyen 13 ini.

Sumber: Google

3. Bazar Seksyen 16 Bangi | Bazar Ramadan Viral

Bazar Ramadan Viral
Sumber: Google

Bazar ini merupakan antara bazar ramadan yang terbesar di kawasan Bangi, Selangor. Bagi penduduk Bangi, anda tidak perlu untuk pergi jauh-jauh sampai ke KL. Di bazar ini, terdapat banyak gerai yang menjual beraneka pilihan makanan untuk anda pilih. Kalau nak tahu, ada juga pilihan bazar ramadan yang lain di Bangi untuk anda kunjungi tau! Tekan sini untuk info lanjut.

Namun, antara makanan istimewa di sini, sudah tentunya hidangan kuih-muih yang pelbagai! Olahan kuih-muih di sini pasti akan membuatkan orang ramai terpanggil untuk membelinya.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh datang sendiri ke lokasi bazar ramadan viral yang Cik Min senaraikan di atas, dan lihat sendiri kemeriahannya! Kalau anda berminat untuk mengetahui senarai lanjut bazar-bazar yang menjadi pilihan pengunjung sekitar Lembah Klang, anda boleh layari laman web ini. Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Semoga bermanfaat!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari MakanLokal untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *